Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, April 27, 2011

Sedutan Travelog Impian Abadi: Itu yang tertulis

BAB 32 KEROPOK LEKOR SERINGGIT

Saya ditinggalkan berdua.

Resah. Gelisah. Saya rasa seperti kucing kehilangan anak.

Sekejap-sekejap saya bangun bertanya kepada mak cik keropok lekor, kemudian duduk kembali. Sebentar kemudian, berpura-pura pula mengacau-ngacau teh-o panas dengan sudu kecil. Letak, kacau dan letak kembali. Letak sudu dan kacau kembali. Sesekali meniup-niupnya…. entah!

Tidak keruan.

"Duduk elok-elok. Sekejap lagi masaklah keropok tu"

Saya tidak berani memandang muka abang Lu'E. Wajah dan suaranya bersahaja. Saya buntu. Saya kelu, malah tidak tahu apakah topik perbualan yang harus saya bualkan. Saya memerhatikan kiri dan kanan, takut-takut ada kakak senior yang memberikan amaran tempohari. Saya tidak sanggup untuk menerima amaran demi amaran berkali-kali. Seolah-olah saya tiada maruah diri.

"Tunggu sekejap, biar abang pergi tenguk"

Saya seperti budak perempuan kecil yang masih hingusan terpaksa akur kepada arahan. Saya melihat barisan masih panjang dan mereka berkerumun mengelilingi makcik keropok lekor. Namun, dari celah-celah orang ramai saya melihat abang Lu'E berjaya membawa sepiring keropok lekor.

"Ini sahaja yang dapat.."

Saya memerihati rupa makanan yang dinamakan keropok lekor itu. Abang Lu'E mungkin tahu dan dapat membaca dari raut wajah bahawa makanan seperti itu agak asing bagi saya. Barangkali keropok itu asalnya panjang dan berlengkar-lengkar. Lalu ia disebut dengan sebutan dialek tempatan - kepok leko.

Saya melihat beliau mengambil keropok tersebut dan mencecahnya dengan sos cair yang rasanya manis dan pedas. Lalu segera dimakannya. Hati saya berbisik,

"Hah, makan tidak baca bismillah...?

Diambilnya sebatang lagi keropok. Kali ini dengan tangan kiri. Lalu, saya menunjukkan isyarat agar makan menggunakan tangan kanan. Secara bersahaja beliau menukar keropoknya ke tangan kanan pula. Tidak marah malah mendengar kata.

Saya diam tidak terkata. Saya cuba makan dengan tertib. Namun sebenarnya keropok lekor itu tersekat di celah kerongkong. Tidak tertelan oleh tekak saya disebabkan debaran hati seolah-olah di tumbuk bertubi-tubi. Debaran yang berombak-ombak kencang. Kencang sekali!

"Mana Han dan Yatie ni...?"

"Tidak perlu tunggu mereka. Mari kita pergi"

Saya cepat-cepat menyudahkan minuman, sementara abang Lu'E mengeluarkan dompetnya untuk membuat bayaran. Dari jauh saya menjeling berapa banyak nota Ringgit yang ada di dalam dompetnya. Jika semasa di minggu orentasi beliau boleh menawarkan biasiswa kepada para pelajar, pasti banyak duit poketnya.

Saya melihat beliau menyelak-nyelak dompetnya. Tiada berapa nampak nota Ringgit yang kelihatan. Hati saya berbisik,

"Alamak! Tidak ada duit? Habislah kali ini.. aku cuma ada seringgit sahaja"

Dan akhirnya beliau meraba-raba lantas menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan sekeping nota ringgit yang berlipat-lipat;

"Hah? Seringgit sahaja yang ada pada dia? Serupa macam aku juga rupanya. Ya Allah. Miskinnya dia... Nasib baik abang Imran sudah menyelesaikan bayaran air minuman tadi."

Kami beredar pergi. Saya tidak fikir Abang Lu’E seorang yang berwang! Patutkah saya menerimanya jika dia mahu menjadikan saya "Teman tetapi mesra...?"



12 comments:

  1. Aslkm Pn Roza,

    Buku ni diakhiri kisah bgmana ya. tak sabar nak baca..

    ReplyDelete
  2. selain di majlis pelancaran tu macam mana nak dapatkan buku ni kak roza?

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,

    Dalam kita mengejar impian..ada masanya kita perlu membuat pilihan.

    Hidup tidak selalunya indah..yang indah hanya kenangan.

    ReplyDelete
  4. salam...tak jumpa lagi buku ni kat Miri..hampanya.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera normuttlib,

    InsyaAllah, kami cuba dapatkan terus dari publisher - PTS Publications.

    Sila masuk ke blog Kehidupan ringkas tapi signifikan dan klick BELI BUKU?

    atau http://muhdkamil.org/blog/beli-buku/

    ReplyDelete
  6. salam Puan Roza...tak sabar rasanya nak dapatkan buku tersebut. best giler baca blog puan roza. setiap hari pasti saya tidak akan jemu membaca blog puan dan prof...jika tiada entri baru saya akan baca entri lama-lama berulang kali tanpa jemu...buku trevelog cinta abadi menjadi bacaan kegemaran...sangat berkesan segala nasihat dan cerita puan suami isteri...Terima Kasih....
    Semoga Allah memberkati dakwah puan melalui buku dan cerita....TQ

    ReplyDelete
  7. Kak,
    Walau pun saya bz dgn ank kecil, saya akan pastikan saya utk dapatkan buku akak n membacanyer. Mmg xsbr nak cari buku akak ni. Tertanye2 siapa Abg Lue ni pd akak. Buku ni kisah tentang akak ye?

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera Butterfly kisses,

    Buku ini adalah jilid ke 2. Ia kesinambungan dari buku jilid 1 - Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu(TCAMYB)

    Kena baca TCAMYB terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  9. Puan @ Untie Roza..
    Tak sabar nak dapat buku ni..!! Tak lena tidur saya.. :)

    -najwa, JB-

    ReplyDelete
  10. Ada juga yg tak kenal siapa Abg Lue...Ish3....Kelakar betul sebab puan Roza memang pandai buat suspen...

    ReplyDelete
  11. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Saya sudah tahu siapa itu Abg Lu'E....secara tak sengaja..untuk yang lain saya tak boleh bagi clue nanti Pn Roza marah. Sabar ajelah

    hzm

    ReplyDelete
  12. publisher, cepatlah edarkan buku tu!!!huhu..i'm waiting for it

    ReplyDelete