Han dan Yatie.
Saya berkawan baik dengan mereka. Rakan sekelas. Kami sering bertiga walaupun tidak tinggal di dalam hostel yang sama. Tiga sekawan.
Han dan Yatie berasal dari Kuala Lumpur. Remaja bandar yang segalanya lebih terkini berbanding dengan saya. Dalam diam-diam, saya sebenarnya banyak bergantung kepada mereka.
Walaupun Yatie adalah anak kelahiran kota raya tetapi saya kira beliau datangnya dari keluarga yang sederhana. Tidak sombong dan saya amat senang sekali dengannya. Han pula anak sulung berasal dari sebuah keluarga berada. Gaya cakapnya, pemakaian malahan peralatan alatulis, fail dan semua benda yang digunakannya dapat mengambarkan kedudukannya. Ah… bergaya. Memang beliau ada gaya namun Han tidak pula menunjuk-nunjuk dengan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya.
Pernah suatu ketika, keluarga Han datang melawatnya. Mereka datang dengan kereta yang besar, gagah dan bergaya. Tanpa merasainya, saya dapat membayangkan betapa empuk kerusi kusyen di dalamnya.
"Kenapa nama kereta itu singkat sahaja, BMW?" Han dan Yatie tersenyum.
Tiba-tiba ibu Han mempelawa,
"Marilah ikut untie keluar makan"
"Terima kasih untie. Kami sudah makan di kafe tadi"
Saya cuba menolak perlawaan dengan bersopan walaupun di dalam hati teringin sekali menduduki kusyen empuk kereta yang ada di hadapan mata. Ingin sekali. Yatie mencubit peha, sakitnya tidak terperi.
Bapa Han pula berkata, "Alah.. tidak mengapa. Kita keluar jalan-jalan sahaja"
Akhirnya kami bersetuju. Pertama kali duduk di dalam kereta sedemikian rupa, menghidu harum wangian dan menghirup udara sejuk dari penyaman udara, hati terkenang kepada kereta Morris Marina abah.
Kereta kami tiada penyaman udara. Setiap kali kereta bergerak, tingkapnya sengaja dibuka seluas-luasnya. Apabila kereta dipandu laju pasti angin akan masuk ke dalamnya menderu-deru. Jika hujan, cermin tingkap terpaksa dinaikkan. Jadi, pasti kami akan berpeluh-peluh dan cermin tingkap kelihatan meruap-ruap kerana udara panas yang terperangkap. Namun itulah kebanggaan kami semua. Banyak jasa kereta itu kepada kami sekeluarga.
"Wah cantiknya tempat ni…." "Ya.. inilah Tanjong Jara Resort. Awak mahu makan apa?"
Saya terfikir-fikir apakah makanan yang dijual di dalam resort yang serba mewah seperti itu. Negeri Terengganu adalah tempat ikan barangkali itulah menjadi sumber bahan makanan utama.
"Keropok ikan"
"He….he….. he…. nanti kita tenguk apa yang ada" Mereka membawa kami ke restoran di dalam resort tersebut. Terbeliak mata saya melihat makanannya berbaris-baris, bertingkat-tingkat malah berjenis-jenis.
Subhanallah! Manusia jenis apakah yang dapat makan kesemuanya!
"Makanlah mana-mana yang awak semua suka. Buffet"
Buffet? Apakah jenis makanan yang dinamakan buffet? Saya terasa janggal sekali. Terasa seperti seekor ayam kampung yang terlepas masuk ke dalam kelas di Sekolah kebangsaan Paya Jakas. Terpinga-pinga.
"Macamana hendak mulakan?"
"Cubalah dengan starter. Prawn cocktail, cream of mushrom atau Tomyam" Han memberikan cadangan.
"Tomyam sahajalah.."
Saya membuat keputusan tanpa dapat mengambarkan bagaimana rupanya makanan yang dicadangkan. Saya capai mangkuk kecil tomyam yang diberikan oleh Han. Saya merenung dalam. Mencapai sudu, menyenduk dan melihat ramuan yang ada. Subhanallah! Ikan, ayam, sotong, udang, daging, serai, hirisan bawang serta sayur-sayuran yang beranika rupa terdapat di dalamnya. Semuanya di dalam bekas yang sama. Bekas yang satu. Tidak terfikir bahawa saya diberikan peluang oleh Allah untuk menikmatinya.
"Bismillahirahma-nnirrahim.."
Saya hirup perlahan-lahan tomyam yang suam ke dalam mulut. Hati tidak henti-henti memuji-muji Allah penuh kesyukuran. Tiba-tiba teringat mak, abah, adik-adik dan Mak Wa. Apakah juadah yang sedang di hadapan mereka.
"Ya Allah. Selama ini diri ini diajar makanlah apa yang terhidang di depan mata dengan ala kadar sahaja. Terima kasih Allah. Mudah-mudahan makanan ini memberikan berkat dan menambahkan keimanan dan ketakwaanku kepadamu. Ya Tuhan, berikan kesempatan suatu waktu nanti akan ku kongsikan makanan seperti ini"
Di dalam diam air mata jatuh perlahan-lahan. Saya capai sehelai tisu dan mengesatnya tanpa pengetahuan mereka. Hati berbisik sambil merenung ombak pantai Tanjung Jara yang indah permai.
'Jemput makan abah, emak, mak wa dan adik-adik..."
Petikan dari Travelog Impian Abadi : Itu yang tertulis.
Gambar ihsan : aurapink.blogspot
Salam sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteSaya cuba bayangkan perasaan seorang anak yatim piatu yang diraikan pertama kali dalam hidupnya dalam majlis makan di hotel ketika bulan Ramadhan, agaknya perasaannya sama......
Terima kasih berkongsi pengalaman
hzm
As salam Roza...
ReplyDeleteSalam kenal.
Singgah jap.
Dah jd folowers.
Jemput singgah balik ek.
Salam puan
ReplyDeletetulisan puan membuatkan saya sentiasa ingin berkongsi apa yang saya ada
Salam sejahtera,
ReplyDeletesaya setiap hari membaca blog Prog MKI sebagai sumber tazkirah di waktu pagi sebelum memulakan tugasan pejabat. lewat minggu ini saya kerap pula menjeguk blog pn roza,kerana setiapkali membaca catatan pn akan membuatkan airmata saya tergenang atau mengalir. saya suka akan situasi itu kerana akan menjadikan saya lebih berfikir-adakah saya telah menjalankan tjawab sebaik mungkin kepada anak2 dan sebagai muslim.....Ya Allah ampunkan aku.
Salam~
ReplyDeleteDah berulang kali saya baca entri ni. Di blog dibuku dan sekali lagi disini....airmata tetap menitis....terimakasih kerana mengingatkan...setiap apa yang dinikmati kerana rahmat dan kasih sayang Allah jua.
syahduuuuu
ReplyDeleteassalamualaikum puan roza..
ReplyDeletetulisan puan membuatkan saya sentiasa bersyukur pada-Nya..terima kasih puan..
assalamualikom pn roza,
ReplyDeletebuku puan travelog cinta abadi,mmng membuai rasa
anak anak saya membaca dan ketawa terkikik kikik bila smpai ke bhg lucu..tp turut merasakan kesedihan dan keperitan apb berduka
tahniah puan
satu perjalanan hidup yg amat abadi
amat syahdu sekali