Suasana semakin berserabut.
Pagi itu, seorang rakan memberitahu bahawa ada sepucuk surat dari luar negara milik saya. Ia perlu di ambil di peti surat di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia adalah peti surat terbuka. Kami bergegas ke sana sebaik sahaja tamat kelas. Sepanjang perjalanan, hati saya berdebar-debar dan berkata-kata,
“Mungkinkah surat dari United Kingdom? Mungkinkah..?”
Ternyata benar lintasan hati saya. Di dalamnya terdapat beberapa keping gambar pengirim di tebingan London Tower dan sekeping coretan yang menyatakan kerinduan hatinya terhadap kampung halaman. Sayunya hati membaca rintihan. Segera saya menjawabnya di dalam hati,
“Sayangnya…. tahukah Amrie betapa kampung halaman kita telah jauh sekali berubah. Jambatan yang indah itu sudah tiada lagi. Sawah bendang sudah kering gersang."

"Sungai yang mengalir di kaki gunung Ledang itu tinggal hanyalah separas buku lali. Pokok jambu bol di dalam kebun abah awak hampir-hampir tidak berbuah lagi..”
Dan saya akan katakan lagi;
“Amrie, zaman kanak-kanak kita sebenarnya telah lama berlalu. Simpanlah sahaja kenangan itu. Ia telah lama berubah kerana masa telah berubah. Jangan sesekali membayangkan ia masih seperti dahulu”
Ada lelehan air mata yang mengalir perlahan walaupun catatannya masih terbuku di dalam perasaan. Han dan Yatie melihat saya dengan perasaan simpati. Mereka memahami isi hati saya walaupun tidak dilahirkan dengan kata-kata.

Salam..Puan Roza!
ReplyDeleteMeski sebuah kisah lama namun, sungguh saya tersentuh..~sebuah catatan tulus dari hati akan terus sampai ke hati tanpa 'filter'.
Bila membaca latar kampung itu, saya seperti sedang membaca kisah diri mama yang selalu dia cerita pada saya..sehingga ke hari ini saya masih lagi belum melihat bagaimana rupa 'jambu bol'..
Allahurobbi..
~najwa,JB~
Salam Pn. Roza,
ReplyDeleteMasa saya baca entry pada 21 April lepas, melihat cover buku TIAIYT, saya cuba mengingat cover latar belakang buku yang sama yang pernah saya nampak dan baca sebelum ini. maaf jika Pn Roza pernah nampak atau juga baca buku yang sama..
bukunya ialah
http://kembarabuku.blogspot.com/2011/02/ya-allah-aku-tak-ingin-sendiri-karya.html
saya menjangkakan Pn Roza akan menerimanya sebagai "itu yang tertulis.."
Salam Sejahtera Pn. Roza,
ReplyDelete"Jambatan yang indah itu sudah tiada lagi..."..jambatan yang indah boleh dirobohkan? Atau jambatan yang di atasnya dapat dilihat pemandangan indah?Apa pun ianya tentu dilakukan demi kebaiikan.
hzm
Salam sejahtera
ReplyDeleteTerima kasih Ana..nanti saya khabarkan kepada editor Pts Publications.
Assalam Roza... tahniah atas penerbitan buku yg best ni... dah beberapa kedai cari akhirnya jumpa juga sebabnya.....
ReplyDeletehttp://zatajul.blogspot.com/2011/06/buku-baru-siri-travelog-prof-mohd-kamil.html
Buku cinta Abadi pun best....