Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, May 24, 2011

Belajarlah walau ke negeri China

Waktu zohor hari itu kami sembahyang berjemaah di Beijing Foreign Studies University, China. Ia hanya sebuah surau kecil yang terletak di hujung bilik-bilik kuliah di tingkat 4.



"Puan, persatuan kami membuat permohonan bersungguh-sungguh kepada pihak pengurusan universiti bagi mendapatkan surau kecil ini." kata salah seorang siswa Tahun satu yang membawa kami ke situ.


Sebelum mengambil wuduk, kami berbual mesra dengan siswi.

"Eh, nampak macam ustazah. Apa yang bakal ustazah buat disini mengambil bahasa mandarin?" kami mengusik apabila melihat penampilan diri gadis-gadis manis Malaysia yang belajar di universiti itu. Bertudung labuh, sopan, menjaga penampilan diri dan jati diri mereka. Mereka tersipu malu.


"Ya Allah.. . Saya memohon jurusan matematik tetapi pihak JPA menghantar saya ke Beijing untuk mempelajari bahasa Cina."


"Itulah ketentuan Allah. Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Dalam beratus ribu pelajar Malaysia, kamu dipilih oleh Allah bagi mempelajari bahasa Cina di negeri China. Barangkali ada sesuatu di hadapan sana..."


"Ya puan.."


"Siapa tahu, suatu hari nanti kamu semua inilah yang bakal menterjemahkan tafsir Ibnu Khatir di dalam bahasa cina lalu dibaca oleh beribu-ribu orang cina. Biar mereka tahu bahawa hanya Allah yang menjadikan langit dan bumi serta seluruh alam ini.


"Biar mereka sedar tidak ada untung atau rugi yang dibawa oleh objek-objek yang diukir oleh tangan mereka sendiri. Malah objek itu tidak sedikitpun dapat berbuat apa-apa jika terlanggar atau terjatuh dari tempat persembahan mereka. Perbuatan itu kufur malah diada-adakan sahaja."

"Benar puan..."

"Biar mereka tahu di dalam Quraan ada kisah bagaimana nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala lalu meletakkan sebilah kapak di tangan patung besar yang disembah oleh kaum yang kufur. Patung itu tidak boleh berkata-kata malah tidak dapat berbuat apa-apa.


"Ya Allah puan.."

"Subhanallah! Besarnya amanah yang Allah berikan ke atas bahu kamu yang kecil comel ini. MasyaAllah! Mulianya kamu di sisi Allah yang bakal menjadi muslimah berjiwa besar bagi menjunjung panji-panji agama-Nya. Berjihad berjuang menegakkan agama Allah yang satu. Mengajak mereka ke jalan yang lurus. Semuga Allah menempatkan kamu sebaris dengan wanita-wanita mulia di zaman Rasulullah junjungan yang mulia"



Mohon maaf, saya bersyarah tanpa diminta. Ia meluncur laju tanpa dirancang. Mereka tunduk diam, merenung lantai. Namun, sekilas pandang ada air murni bertakung di pelipis mata. Sambil mengiringi kami pergi, perlahan-lahan ada yang mengesat hujung mata di bucu tudung labuh mereka.

9 comments:

  1. bergenang juga air mata membaca entry kak roza ni

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Roza,

    Bertuah anak-anak itu kerana mendapat 'sentuhan nurani' daripada seorang yang telah melalui banyak pengalaman hidup. Kata-kata Roza yang dikaitkan dengan ciptaan Ilahi amat bermakna untuk mereka dan dapat membuka minda mereka terhadap kebesaran Ilahi....

    Anak perempuan seorang sahabat baik saya (sejak zaman sekolah menengah) juga ada di BFSU mengikuti kursus Bahasa Cina, dihantar oleh Kementerian Pelajaran M'sia. Tanpa sedikitpun asas bahasa Cina (kerana dulu dia bersekolah di SMK Pintu Gang, KB,) Syadini menerima tawaran tersebut dan kini sudah di tahun kedua.

    Semoga anak-anak ini akan berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Dear Pn Roza,

    Saya mula mengikuti blog Puan dan suami sejak penghujung bulan April 2011 bila saya terpanggil untuk mengunjungi Baitullah.

    Alhamdullillah, saya baru saya sampai ke tanahair petang Ahad lepas setelas mengerjakan umrah selama 11 hari. Sesampainya saya di Madhinah, hati kecil saya mengucapkan betapa untungnya Puan Roza nanti bila berada Madhinah. Masjid Nabawi depan mata... MasyaAllah! Alhamdullilah!

    Saya seikhlas hati berdoa agar Puan dan keluarga gembira di Madhinah dan mencapai apa yang telah dihajatkan. Hanya harapan saya agar Puan terus menulis blog ini agar kami di Malaysia dapat mengikuti perkembangan Puan dan keluarga di Madhinah dan sedikit sebanyak mengubat rindu kami kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sehingga kami berpeluang menziarahi Madhinah sekali lagi.

    Satu lagi, takziah saya pada keluarga Puan untuk kehilangan ayah dan adik Puan, Ayu. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada mereka.

    Salam sejahtera dari saya, Azizah@JB

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera hanila,

    Ya mereka adalah insan terpilih.

    Roza

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera pn Azizah@JB dan semua rakan bloger..

    Silalah ke rumah kami bila-bila ke Madinah Munawarah nanti..

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera Pn Roza,

    Moga-moga orang-orang Melayu terpilih oleh Allah swt untuk berdakwah bukan sahaja di China tapi juga di Jepun, Vietnam , Korea ,Mongolia dll. untuk selamatkan mereka dari api neraka. Apabila usaha dakwah telah dibuat, hidayah dan cahaya petunjuk terserah kepada Allah swt.

    hzm

    hzm

    ReplyDelete
  7. salam Pn. Roza,
    setuju dgn rakan2 yg lain, kalau dah di Madinah tentu banyak cerita & ilmu yg dapat dikongsikan brsama..doakan ya agar suatu hari kita akan diprtemukan Allah...tak sabar baca buku RR

    ReplyDelete
  8. ujian kecil saya,datang bilik nak mintak ketua jabatan (chinese)sign,tapi dia mengelak sbb katanya tunggu ketua jabatn baru(melayu) masuk sbb dia punya tempoh sbg ketua tinggal 2 hari saja lagi.yaallah sy bersabar dan mengucapkan terima kasih n keluar dari biliknya dan pergi solat zohor.balik ke ofis rakan beritahu bahawa bos sy tadi call n mintak saya ambil tandatgn dia esok pagi2...(saya dpt tawaran ke BFSU 17hb/7/2011-31hb 7 2011 belajar Mandarin)

    ReplyDelete
  9. Salam alaik, nk tanya, saya berminat sgt nk blaja mandarin dr dulu lgi. Pernah dpt twrn mara lps spm dulu, tp at that time saya xpergi interview sbb saya dh msuk matriks, skrg insyaAllah saya akn habis degree saya less than 1 yr insyaAllah. so klu bole saya nk blaja mandarin di beijing lps ni b4 mula bkerja. ada x scholar utk student cm saya ni. brape lama tempoh pngajian tuk mandarin ni? ada x yg short term punya cm 6 bulan etc. yuran cm mana? maaf byk tny.. seriously nk sgt blaja mandarin ni.

    ReplyDelete