Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, May 31, 2011

Dundee Cake

Dahulu Mak Wa, Wan dan mak adalah pakar rujuk masakan ketika di Malaysia. Kathy adalah panel penilai makanan saya ketika kami suami isteri berada di Dundee, Scotland.


Setiap minggu saya tidak sabar menunggu kehadirannya. Biasanya beliau akan menyiapkan kerja mengemop lantai, mencuci bilik air, menukar cadar, vakum karpet dan mengelap tingkap. Beliau tidak akan bercakap-cakap sehinggalah selesai segala pekerjan.

Hari ini saya mencuba resepi Apple crumble dan puff pastry

Sambil tersenyum beliau menarik kerusi dan duduk dengan tertib. Perlahan-lahan beliau menjamah masakan yang saya hidangkan. Hati saya pasti berdebar-debar setiap kali mendengar komen yang keluar dari mulutnya. Biasanya ucapan yang keluar adalah terlalu telus dan tulus. Dan saya akan membetulkan serta menghidangkannya sekali lagi untuk diuji rasa.

“Deria rasa adalah anugerah tuhan kepada manusia. Dari lidahlah ia menjadikan makanan itu sedap atau tidak. Namun, cara kita menghias dan menghidangkannya juga perlu diambilkira. Ia suatu seni untuk menambat selera


Barulah saya faham kenapa daging panggang [beef steak] perlu kelihatan cantik di pandang apabila menghidangkannya selain daripada perlu menjaga rasanya.


Beliau juga sering melahirkan rasa kesalnya terhadap generasi muda yang sangat sukakan makanan segera. Pada pandangan beliau, masakan tradisi adalah budaya sesuatu bangsa yang unik dan ia akan membezakan dengan bangsa yang lainnya. Ia perlu di pelihara.


Beliau juga menyatakan keperluan menjaga tertib dan protokol ketika di meja makan. Katanya rakyat britain pasti akan kehilangan jatidiri jika membenarkan budaya makan sambil berjalan.
Dari beliaulah saya belajar melakukan beberapa pekerjaan di dalam suatu masa terutamanya ketika menyediakan makanan untuk keluarga. Beliau adalah guru pengurusan rumah tangga ketika di luar negara. Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengannya.

Di antara pelajaran yang tidak saya lupakan adalah bagaimana beliau mengajar saya menyediakan hidangan yang kelihatan istemewa kepada keluarga tanpa memerlukan masa yang panjang. Resepi ayam panggang.


“Perap ayam pada sebelah malam dan simpan di dalam tempat pembeku. Keesokannya, biarkan pada suhu bilik. Sementara menunggu ayam di panggang, rebuskan kentang, sediakan sayur. Sayur hanya perlu dicelur apabila sampai waktu makan


Beliau juga mengajarkan pelbagai jenis sup krim yang boleh diubah-ubah mengikut sayuran yang digunakan.


“Asasnya adalah sama. Bezanya cuma sayuran sahaja. Jika awak masukkan cendawan, lalu ia menjadi sup cendawan. Jika brokoli, ia menjadi sup brokoli


Katanya lagi, jangan bazirkan haba panas dari ketuhar atau plate panas yang digunakan untuk memasak makanan. Lalu, ia mengajar saya sejenis kek yang hanya perlu dicairkan bahan-bahannya di atas dapur setelah api plate panas di padamkan. Resepi Boiling fruit cake.

“Ketuhar memerlukan tenaga yang banyak ketika kita menggunakanya. Jadi, rancanglah beberapa jenis kek untuk di bakar bagi sesuatu masa. Barangkali awak boleh membuat dua atau tiga biji kek untuk sekali bakar” .


Suatu yang paling terkesan di hati apabila beliau menghadiahkan saya resepi istemewa keluarganya. Ia adalah sejenis kek tradisi orang-orang Scotish. Katanya ia amat popular ketika zaman datuk neneknya. Suatu masa dahulu, kek itu menjadi suatu kebanggaan masyarakat tempatan. Ia pasti terhidang di atas meja ketika sesuatu perayaan keluarga. Resepi kek Dundee.

Saya melihat beliau bercerita dengan penuh semangat dan perasaan bangga. Namun, di akhir cerita saya nampak kesedihan terpapar jelas di wajahnya.


“Tiada siapa lagi yang mahu peduli masakan tradisi. Tidak seperti zaman dahulu. Zaman datuk dan nenek saya

Serta merta saya teringatkan Mak Wa dengan wajik, dodol, lempuk durian dan halwa maskatnya. Tidak pernah terfikir di hati untuk menyambung resepi tradisi. Entah, ketika itu saya terbayang jika ditakdirkan pulang ke tanah air tercinta berjumpa Mak Wa, sempatkan saya mempelajari darinya?

9 comments:

  1. Salam Kak Roza, adakah gambar yang dilampirkan itu adalah Dundee Cake? Wah, nampak menyelerakan, terus terasa lapar. Tertanya-tanya pula rasa kek itu macammana.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Yuri Prodigy,

    Ya, itu kek Dundee.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Roza, menunggu travelog masakan dari Puan Roza, pastinya byk resepi2 menarik yg boleh dikongsi.

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Kalau bagi saya Apple Pie kat McDonald sudah sedap rasanya, barangkali kalau saya dapat makan kek Dundee bersepailah kesedapan Apple Pie tu.....

    hzm

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera,

    InsyaAllah, semua resepi itu nanti ada dalam buku Travelog masakan.

    ReplyDelete
  6. Salam Pn.Roza....
    Wah,buku baru travelog mosakan!Saya suka.. Mesti sedap-sedap resepi yang puan masukkan dalam buku baru itu kan? Ohya,puan..saya nantikan sambungan buku TIA..kerana bagi saya, kisah puan dan Prof memang menarik untuk dibaca...terutama sekali cabaran puan membantu Prof mendapat hidayah..saya ternanti-nantikan hasil buah tangan puan..=))

    -Qatrunnada-

    ReplyDelete
  7. As-Salam Pn.Roza,

    Di mana boleh saya dapatkan resepi kek Dundee tu ye? Nampak menyelerakan. :)

    ReplyDelete
  8. Salam Puan Roza,
    Bila travelog masakan akan diterbitkan...harap2 ada resepi jemput-jemput ikan resepi arwah ibu mertua Puan Roza.

    ReplyDelete