Tiga tahun berada di kampus UiTM Dungun, Terengganu tidak banyak mengingatkan saya pada nasi itu - nasi dagang. Saya biasa melihatnya di jual di pasar malam pada setiap hari Khamis. Ada juga sekali-sekala menikmatinya, namun itu berlalu begitu sahaja.
Sehinggalah saya menikmati nasi dagang hasil air tangan emak mertua - Wan Fatimah!
Setiap kali saya dan suami pulang ke kampung halamannya di Besut, Terengganu, sambutannya pasti meriah. Meriah dengan hiruk-pikuk anak-anak saudara yang comel dan montel-montel. Pipi masing-masing tegang, cerah bagaikan bulan penuh! Paling meriah kerana segala jenis makanan serta kuih-muih sentiasa penuh di atas meja. Tidak putus-putus.
Keluarga suami tergolong dalam kategori besar. Adik-beradiknya 12 orang semuanya, dia anak ke 4 dalam keluarga. Anak lelaki sulung dan tinggal di luar kawasan pula. Barangkali keluarga mereka tidak mewah dari segi harta benda tetapi mereka mewah dengan budi bahasa. Mewah juga rezeki jika diukur dari makanan yang terhidang di meja makan mereka.
Di dalam keluarga ini saya mengenali nasi dagang yang di makan dengan ikan aye (ikan tongkol). Wan juga menyediakan gulai ayam. Kuah gulai itu wan ambil sedikit untuk dijadikan gulai udang atau gulai telur rebus. Barulah saya tahu, rupa-rupanya sejenis gulai itu jika di tambah bahan lain, itu menjadi resepi lain.
Pagi-pagi lagi seawal waktu subuh, aroma nasi dagang wan menyelinap di segenap ruang rumah. Kata wan, nasi itu dikukus sebanyak dua kali. Maknanya wan sudahpun bangun barangkali sejak pukul 4 pagi. Sesudah subuh, nasi dagang wan sudah terhidang di meja. Wan agih-agihkan juga ke rumah kak Yah, Kak Ma dan jiran tetangga.
Gulai nasi dagang wan berbeza dari nasi dagang yang saya beli di kebanyakan pasar malam. Sekali suapan sahaja, enakny begitu terasa. Apabila ditanya resepi, wan tergelak suka.
"Resepinya serupa macam orang lain juga, cuma wan masukkan sedikit kelapa bakar tumbuk ke dalam gulai."
"Nasinya pula wan...?"
Saya olok-olok menunjukkan minat, walhal apabila diterangkan oleh wan minda saya segera menyatakan ia kerja renyah! Benar, resepi yang wan berikan sama seperti resepi yang kebanyakannya terdapat di dalam buku resepi di pasaran. Bezanya kerana itu air tangan wan.
Nasi dagang yang dimasak dengan penuh kasih sayang serta perasaan rindu seorang ibu terhadap anaknya yang semakin jauh di mata. Saban tahun, anak-anak semakin jauh apabila mereka telah berumah-tangga. Namun, kasih ibu masih sahaja seperti dahulu. Masih sahaja memandang anak-anak mereka bagaikan mereka masih lagi bayi yang disusui.
Esok paginya, subuh-subuh lagi kami menikmati nasi minyak dan kerutup daging pula. Petang, kami menikmati pulut sotong atau kuih bakar. Lusa, nasi kerabu dan ayam serta ikan percik pula. Seminggu kami pulang, berbagai makanan kegemaran suami disajikan. Adik perempuan suami, Junita Musliha selalu berkata..
"Wah.. Beruntungnya menjadi anak lelaki, setiap kali balik ke rumah, wan pasti menjamu selera mereka. Tapi tidak kisah walau kami menjadi mangsanya..kerana dapat menumpang tuah mereka."
Junita ketawa besar. Barangkali dalam ketawa itu ada benarnya.

Salam Sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteYa,ya..itulah program utama seseorang ibu bila anak-anaknya pulang ke kampung.Masak masakan yang best-best. Nak pergi shopping , apa yang nak di shoppingkan? Yang si anak pula aktivitinya...makan,tidur dan ronda. Barangkali inilah lazimya berlaku.
hzm
Salam,
ReplyDeletesemasa menetap di Shah Alam dulu saya tak pernah tergerak hati nak beli Nasi Dagang, Nasi Kerabu di pasar malam. Sebab saya tahu... tak ada 'kick'. Heheh.
Cuma kadang2 terpaksa jugak membeli keropok lekor yang tak seperti keropok lekor :/
kalau ada tetamu datang ke rumah, memang mak akan masak pelbagai. Kami adik-beradik tumpang dua kaki. Itulah yang berlaku semasa Prof Kamil datang ke rumah kami dulu. Heheh. Tapi kami makan di dapur aje ;)
salam
ReplyDeleteanak anak pB cukup menggemari nasi dagang.
dua hari makan nasi dagang , pun tak apa
Puan Roza...menjadi ibu sentiasa sebok...sebok memberi ...mudaha2an yg menerima mengingatinya sebagai nikmat kurnia Allah.
ReplyDeleteSalam Puan.
ReplyDeleteSudah seminggu saya turun ke pasar di tempat saya bekerja untuk mencari nasi dagang, tapi masaih belum rezeki saya.. Tapi ALLAH MAHA mengetahui. Aturan DIA sempurna. Semalam dia ziarah kami sekeluarga bersama kakak saya . Dan sangat istimewa beras nasi dagang dua kilo. Sesudah subuh suami sudah ke pasar mencari bahan masakan nasi dagang.
Saya dapat menikmati Nasi Dagang istimewa bonda di hari ulang tahun perkahwinan.. alhamdullillah
analina
Assalamualaikum Roza,
ReplyDeletesaya juga antara rakyat Johor yg jatuh cinta dgn nasi dagang..mujur mudah dapat di Bangi ni, rasa asli air tangan rakyat Terengganu sendiri..ori.
SALAM...
ReplyDeleteberkatnya air tangan ibu kan??
Assalamualaikum
ReplyDeleteKakak, saya baru saja habis baca travelog impian abadi. kisah2 dlm buku kakak terasa dekat di hati saya. rasa rindu pula kenangan lama. benarlah, setiap yg berlaku itu atas kehendak Allah. Dia Maha Mengetahui & itulah yang tertulis :)
Ini kali pertama saya tinggalkan jejak di sini. Sebelum ni baca dalam majalah jer.
Salam sejahtera Roza,
ReplyDeleteSetelah lebih 20 tahun menjadi menantu Bonda Wan Fatimah, saya pasti Roza sudah pakar menyediakan juadah nasi dagang ni. Nanti kenalah bawa ramuan untuk masak nasi dagang apabila berangkat ke Bumi Anbia. Kami di Kelantan guna 'beras lembut' untuk buat nasi dagang. Saya lebih suka gulai ikan aye ala Terengganu...
Betul, memasak dengan kasih sayang, barulah lebih jelira....