Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, October 7, 2009

Kenangan 1 : Di KFC

Semasa menyimpan barang-barang keperluan asrama ke dalam beg, saya terpandang tisu KFC [ Kentucky Fried Chicken] terjatuh dari dalam laci meja di bilik saya. Tisu itu sengaja di simpan sebagai kenangan kerana ada cerita di sebaliknya.

Terpandang tisu itu, saya mengimbau kenangan lama.

Semasa di dalam tingkatan 5, makanan segera seperti KFC adalah merupakan "makanan untuk orang kaya-kaya" sahaja. Ia merupakan sejenis makanan idaman. Bagi kami yang kurang berada, untuk makan di tempat seperti itu hanya dapat dilakukan sekali-sekala. Itupun dengan melakukan sedikit pengorbanan - iaitu mencatu duit saku belanja harian persekolahan.

Caranya adalah dengan menetapkan tarikh keramat di hujung bulan sebagai sasaran. Apabila jumlah yang terkumpul telah mencukupi, barulah kami akan berpakat beramai-ramai ke KFC.

Kedai makanan segera KFC pada ketika itu berada di dalam perjalanan antara Sekolah Menengah Convent ke perhentian bas. Ia terletak di dalam bangunan kompleks membeli belah Segamat Intan (Housemaker Complex) yang bersebelahan dengan balai bomba Segamat.


Suatu petang, kami telah berpakat untuk ke tempat itu selepas waktu persekolahan. Sebaik sahaja loceng sekolah berdering pada pukul 1.30 tengahari kami berjalan secara berlari-lari pergi ke KFC.

Biasanya saya dan Cik Ani akan mendahului rakan-rakan yang lain. Sebagai kumpulan pertama, tugasan kami adalah membuat tempahan meja dan makanan. Kami akan memilih tempat yang paling strategi kerana ketika itu makanan segera akan di hantar secara hidang berserta pisau dan garfu besi. Pekerja pula akan menuntut bayaran di meja pelangan.

Budaya pisau dan garfu adalah terlalu asing untuk kami. Biasa juga bergilir-gilir ketulan ayam goreng kami terpelanting dari pinggan. Malah di meja kamilah bunyi ketukan pisau dan garfu 'tanpa niat dilakukan' kedengaran berdentum-dentam! Mungkin sebab itulah KFC menukar slogan "Fingers lickin' good!" supaya orang Malaysia tidak malu-malu menggunakan tangan.

Tiba-tiba..
"Berdua sahaja makan di KFC?"

Sesaorang yang dikenali menyapa saya ketika di kaunter tempahan. Dia dan seorang rakan mengambil pinggan tambahan untuk di bawa ke meja berhampiran.

"Eerrr..tidak..ada lagi kawan"


"Orderlah. Order sekali untuk kawan..nanti abang bayar"


Saya dan Cik Ani berpandangan. Membeliakkan mata serta tersenyum lebar.

"Betul ke? Halal?"


"Ya..tempah sekali untuk kawan"


Abang itu [ click di sini] berlalu pergi ke arah meja rakannya. Membiarkan kami membuat tempahan. Dengan pantas sekali kami lakukan. Rezeki jangan di tolak, bala jangan di cari!

Sambil menunggu tempahan dan rakan-rakan, kami mencuri pandang kepada abang itu dan rakannya. Kami tahu bahawa mereka juga melakukan perkara yang sama. Apabila kami bertembung pandang, senyuman lebar kami hulurkan.

Beberapa minit kemudian, tempahan makanan serta enam orang rakan-rakan yang lain serentak tiba. Kehadiran mereka menghuru harakan suasana. Riuh rendah sekali. Saya menunjukan isyarat agar mereka memperlahankan suara. Dalam masa yang sama, abang itu kedengaran seperti terbatuk-batuk kecil. Mungkin tersedak agaknya.

Saya melemparkan senyum paling manis dan paling lebar ke arah abang itu dan rakannya.
"Halal...?"

"Huk..huk..[batuk] Yaa...halaalll"

7 comments:

  1. Betul tu Roza. Dulu nak makan KFC/McD/A&W setahun sekalipun belum tentu dapat. Budak skrg nie bukan kata sebulan sekali, tapi samapai 2-3 kali. Tapi tak salah dia org. Kita mak ayah (saya le tu) yang ajar.

    ReplyDelete
  2. Roza, sehingga awal 1980-an belum ada KFC di KB. Bagus lagi di Segamat... Saya hanya kenal KFC setelah menuntut di Lembah Pantai (1982-1985)...'darat'nya kami waktu itu...! Bila makan tu, memang berdentum-dentamlah jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan...

    terus teringat cerita P.Ramlee Bujang Lapuk.. bahagian akhir cerita tersebut.. Nasib abang itu tak jadi seperti P.Ramlee..
    Saya juga berpeluang menikmati KFC apabila usia menginjak 17 tahun.. itu pun apabila seorang abang beriya-iya hendak belanja saya makan.. dan saya juga membawa kawan menikmati sama...

    ReplyDelete
  4. he..he..he..adakala hidup ni macam drama komedi...menghiburkan bila dikenang kembali..
    -Na-

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Manalah "Abang itu" tak terbatuk2. Ingatkan berdua. Sekali jadi lapan. Dan over budget..
    ....sian "abang itu"


    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Ya Allah..ya Allah..he..he

    Tergamak betul hati kami buat begitu untuk makan free! Bukannya fikir orang ada bawa duit lebih ke tidak.

    ReplyDelete
  7. Salam Puan,

    ahahaha...kak wati...ye laa...camne tak terbatuk2kan...hahaha...hanis ingat ber 3 or 4 aje....tersenyum lebar hanis petang nie...

    ReplyDelete