Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, October 31, 2009

Tawaran Biasiswa

Hari itu acara dilakukan dengan agak santai. Setiap kumpulan diarahkan melakukan acara ala-ala "Treasure Hunt". Kami di minta mendapatkan tandatangan wakil staf di setiap jabatan [Hal Ehwal pelajar, Hal Ehwal Akademik, Perpustakaan, Pusat Islam, Bahagian kokurikulum, Palapes, Kesatria, Komando, Unit sukan, Unit keselamatan dan sebagainya]

Kami berjalan secara kumpulan dan bertukar-tukar maklumat dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
"Pejabat pentadbiran di bangunan itu. Unit sukan di sebelah sana"

"Ooo Ok. Terima kasih. Bahagian Hal Ehwal Pelajar letaknya bertentangan dengan pejabat kokurikulum, di dalam bangunan yang sama"

Di antara banyak-banyak kumpulan, kami banyak bergantung dengan sekumpulan siswa diketui oleh Maxxx. Pada pandangan saya beliau adalah seorang yang berkarisma. Kumpulan beliau paling disukai oleh fasilitator kerana penglibatan mereka yang bersahaja dan menimbulkan keceriaan di sepanjang minggu silaturahim. Berilah mereka apa sahaja tugasan, persembahan kumpulan mereka amat dinanti-nantikan. Ia selalunya berakhir dengan riang gembira dan gelak ketawa.
"Awak tahu, di dalam pejabat hal ehwal pelajar tadi saya dapati terdapat piala besar aktiviti persembahan. Ada aktiviti kebudayaan, theater, nyanyian, muzik dan lain-lain"

"Ooo ya?"

"Suatu hari nanti saya akan menjadi pemegang piala itu!"

"Awak berminat dengan aktiviti mana?"

"Nyanyian..kata orang suara saya mirip suara Dato' Shake"

"Oooo..saya suka lagu dia yang berjudul 'Umi' dan 'Pulanglah'...Tetapi saya paling suka dengan lagu-lagu Sohaimi Meor Hassan"

"Epilog Cinta dari Bromley?"

"Dan lagu berjudul 'Ros'..."

Sedang kami berbual-bual bertukar cerita sambil berbaris di dalam suatu barisan yang panjang untuk mendapatkan tandatangan, tiba-tiba kami terdengar suara abang fasilitator bersuara :
"Barisan untuk mendapatkan tawaran biasiswa di sebelah sana..sebelah sana!"

Lalu, salah seorang daripada siswa di dalam barisan kami bertanyakan tawaran tersebut datangnya daripada jabatan mana.
"Semua. JPA, Yayasan Terengganu, Yayasan Selangor... emm termasuk Yayasan Johor"

Abang fasilitator 2 menjawab pertanyaan tersebut tetapi matanya tertumpu kepada saya dan rakan-rakan sekumpulan.
"Buat barisan. Buat barisan.."

4 comments:

  1. Assalamualaikum,hai Roza.Seronok dpt baca sambungan creta pagi2 ni,Ah teringat pulak Suhaimi Meor Hassan...terus bercerita..yg memanggil tu ikan besar ke..he..he.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Menyamar punya fasal, bila di pnggil pun tak sedar...he..he...he....sian kan Prof...

    bagus Prof ni...tak give up langsung....

    ReplyDelete
  3. Hi...hi...hi. mmg nakal betul abg faci 2. Dah jadi resam, masa minggu orientasilah abang2 yg senior nak cari calon. Nak ambil peluang. Masa tu saham pelajar perempuan yg baru memang tinggi...

    Kalau baca blog Prof, dia kata di mmg nakal masa belajar dulu. Adakah abang Faci2 tu si dia????

    ReplyDelete
  4. salam puan,

    hahahaha...lucu...saya gelak sungguh2 membayangkan camne cemasnye abg faci 2 bila lihat Raihan Haryati keluar barisan...hahahaha...
    lg satu...masih ngat lg add umah yg puan bg... No 1001 Jalan Seribu Satu Malam... hahaha....mmg lucu...puan boleh dpt spontan aje idea tu....hahahah

    ReplyDelete