Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, November 14, 2009

Pertemuan Pertama

Malam itu Maxxx dan rakan baik yang dikenali semasa minggu silaturahim menghantar saya ke Sura Gate, Dungun. Perhentian bas terletak di hadapan sebuah restoran. Saya dapati ramai siswa-siswi freshie pulang selepas seminggu mengharungi minggu silaturahim. Suasana hinggar bingar, namun mereka semua nampak ceria untuk bertemu keluarga.

Hari itu saya menyarung seluar berwarna merah samar dan sweater yang dihadiahkan oleh Kak Long Pidah. Saya amat berterima kasih di atas pemberiannya. Perihatin sekali terhadap saya.
"Awak bawa T-shirt lusuh dan baju kemeja abah ke ITM?

"Ya. Itu sahaja yang saya ada"

"Baju kemeja kotak-kotak itu agak baru. Baju abah juga?"

"Tidak..hadiah dari bekas cikgu sekolah"

"Nah. Ambil sweater ini. Masih baru. Baru di pakai sekali"
Tiket bas yang dibelikan oleh Maxxx akan berlepas pada pukul 9.30 malam. Dari Dungun ke Segamat akan memakan masa beberapa jam lamanya. Subuh nanti baru sampai ke destinasi.

Itu adalah pengalaman pertama saya menaiki bas ekspress secara bersendirian. Banyak perkara yang bermain-main di kepala. Sekali-sekala hati berdenyut nyilu kerana kegelisahan. Ia terpancar di wajah. Wajah yang pucat lesi. Kebimbangan yang ketara bagi seorang remaja kampung yang tidak pernah keluar jauh dari daerahnya.
"Bagaimana nanti kalau saya tidak terjaga di Segamat dan bas berlalu pergi terus ke JB?[Johor Bahru]. Cukupkah tambang untuk balik nanti?"
Monolog kepada diri.
"InsyaAllah! Mak, abah dan adik-adik...tunggu. Kita akan bertemu kembali walaupun hanya sehari sahaja kita sempat bertemu muka. Ketahuilah kalian semua, walaupun baru seminggu..rasanya bagaikan telah kehilangan kalian semua bertahun-tahun lamanya. Ya tuhan, saya tidak sanggup menanggung kerinduan begini terhadap keluarga"

Itulah yang berbisik di dalam hati.

Maxxx dan rakan baik hilang entah ke mana. Mereka sibuk menemui rakan-rakan lain yang akan pulang ke pangkuan keluarga. Saya hilang punca. Berdiri sendirian sedang hati bermain-main dengan perasaan.
"Assalamualaikum Raihan. Seorang sahaja?"
Sesaorang menyapa. Suara yang agak biasa. Saya menoleh ke arahnya.
"Ooo..abang fasilitator 2"

"Balik JB. Bandar baru Majidi?"
Saya merasa sangat bersalah kerana selama ini membiarkan sahaja abang fasilitator itu terus "terjun dengan labu-labunya". Beliau tidak langsung curiga bahawa data yang diberikan kerana sekotak rokok[click] dahulu adalah palsu semata-mata! Bersama-sama abang fasilitator 2 adalah "abang pemidato terbaik"[click] atau siswi mengelarkannya "abang biasiswa".

Bergetar jantung hati saya apabila melihat wajah abang biasiswa. Teringat banyak perkara yang tidak betul telah saya lakukan. Wajahnya yang serius mengusarkan. Perasaan "takut-takut" seorang siswi freshie kepada fasilitator masih jelas nyata. Namun, sedikit senyuman daripada abang biasiswa itu menghilangkan gugup saya.
"Errr..itu bukannya nama sebenar saya"

"Tidak mengapa. Cantik nama tu. Saya pun ada nama samaran juga. Kawan-kawan panggil saya Lu'E. Hendak balik ke mana?"
Tiba-tiba abang biasiswa mengambil alih teraju perbualan, membuatkan abang fasilitator 2 senyap terdiam seketika. Diam dan memberikan laluan.
"Segamat"

"Elok-elok di dalam bas. Jangan layan mana-mana lelaki. Ada baju tebal? Bas tu ada air-cond, sejuk nanti..."

Terdiam dengan pesanan yang tidak meminta saya menjawabnya.
"Awak sesuai memakai seluar dan sweater warna itu..pink. Sesuai sekali"

Ya tuhan. Apa yang boleh saya katakan. Tidak pernah seumur hidup ada orang memuji pemakaian saya sedemikian rupa. Inilah seluar panjang yang saya beli bersama seluar panjang hitam untuk menghadiri majlis malam perpisahan[click]. Hasil upah yang terkumpul dari warung Ucu Zainon. Bertahun-tahun saya mengimpikan sehelai seluar baru.
"Terima kasih"
Saya tersenyum, namun hati terasa sayu. Terasa tiada keikhlsan di dalam kata-kata itu. Terasa ia tidak benar-benar bermaksud begitu. Masakan seluar berwarna merah samar hasil jualan murah yang dibeli dengan separuh harga itu telah menambat hatinya. Lagipun, kata-kata yang keluar dari bibirnya amat lancar sekali. Pasti ia adalah cakap-cakap untuk menyukakan hati.

Sambil berjalan menuju ke bas Cepat Express Kuala Terengganu- Johor Baharu, saya berbisik di dalam hati;
"Boleh dipercayai kah lelaki seperti itu. Barangkali lain di mulut lain di hati?"

14 comments:

  1. acapkali kejujuran seseorang nyata setelah bertahun kenal megenal, bukan pada ketika lidah mengucap kata :)
    Saya yang makin berdebar mengikut jalan cerita.. hehe..
    Salam: cikMilah Coklat

    ReplyDelete
  2. Boleh...boleh percaya kak Roza..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    "brother Lu'e"....



    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Dia sudah mula kena ayat.....

    Ayat-ayat cinta luar biasa....

    MKI

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Puan Roza..
    wau...makin seronok kisah Kehidupan yang Indah ini...

    ReplyDelete
  6. rasa nak menangis baca!

    ReplyDelete
  7. hero = abang fasilitator 2


    atau

    hero = abang biasiswa.....


    ???


    saya yang baca tapi konfius lagi....

    kui kui kui

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam, Puan.
    Seronok bila baca en3 puan. First time jumpa blog puan, dgn penuh smgt, saya baca drpd en3 puan yg pertama hinggalah yg terkini. Apa pun, tahniah dan semoga Allah memberkati usaha Puan ini. Best of luck! Kalau puan berkesempatan, singgahlah di blog saya : http://r2jannah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. salam Puan Roza; ooo la la ada orang sudah jatuh hati. Suspens,suspens,suspens.Berdebar + seronok nak tunggu bila ianya akan mekar dan terus mekar semekar mekarnya. Pada pandangan saya puan suami isteri adalah pasangan yang paling ideal. Semuga satu hari nanti kita akan bersua. lnsyaAllah. salam ikhlas dari saya, Dilla.

    ReplyDelete
  11. :) yup.. saya pun konpius.. :P.. tapi akan tetap membaca.. (leh buat novel ni! hihi)

    ReplyDelete
  12. Pn. Roza,

    Diharap sudi berkongsi pengalaman puan, kalau nak sensor pun, skit2 dah lah... hehehe.

    selama nie, baca pandangan/fikiran Prof je..., pengalaman puan, insyaAllah boleh membantu istri2 yg lain, lama dah tunggu nie...

    ReplyDelete