Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, December 3, 2009

Istiharah 2

Subang corak bunga tanjung itu benar-benar menganggu. Berhari-hari saya mengalami perasaan begitu. Ia suatu perasaan baru yang tidak pernah saya alami sebelum ini.

Subang itu mengingatkan saya tentang asal usul diri. Beberapa tahun lampau, sebatang pokok bunga tanjung berdiri megah berhampiran sekolah papan satu setengah tingkat yang tiada bertingkap. Apabila angin bertiup, biji-biji dan kuntum-kuntum bunga tanjung [click di sini] akan jatuh berterbangan masuk ke dalam kelas.

Harumamnya menusuk kalbu. Dan ingatan itu menusuk perasaan.

Saya dapat merasai perubahan diri. Mula mengubah laluan ke kuliah yang dahulunya jarang saya gunakan. Kerap mengelak perlawaan Han dan Yat untuk singgah di kafe selepas habis kuliah. Saya selesa bersendirian.

Apa yang pasti, saya cuba menjauhi abang Lu'E. Jangankan bertemu, untuk berselisih atau terserempak dengan dirinya pun saya tidak mahu. Ia merupakan suatu rasa yang tidak keruan. Huru-hara hati dan perasaan.

Saya takut. Takut dengan perasaan dan bayangan sendiri. Bimbang jika saya yang beria-ia sedangkan beliau tidak langsung mempunyai perasaan apa-apa. Barangkali bagi beliau pemberian hadiah seumpama itu adalah "biasa-biasa' sahaja. Bagaimana mungkin beliau begitu mudah sekali memberi sedangkan di luar sana beliau dikatakan sudah ada teman perempuan.

Sesekali, saya singgah di bilik Kak Pah. Beliaulah kakak angkat yang kelihatan sebaya. Cuma kami dibezakan dengan sedikit jarak usia. Kak pah agak pendiam, namun penyayang. Apabila berada disisinya seolah-olah saya berada di samping Mak Wa.
"Baringlah. Tutup mata dan jangan berkata apa-apa"
Kak Pah akan mengejutkan saya apabila hari hampir senja. Sebelum pulang, beliau meminta saya menjamah makanan yang telah diambilnya di kafe untuk makan malam. Pesannya;

"Solat isytiharah. Jangan beritahu masalah kita kepada sesiapa. Adukan sahaja kepada-Nya. Dia Maha mendengar. Dia menyimpan rahsia. Pasti ia tidak akan tersebar dengan mudahnya kepada sesiapa"

"Terima kasih. Menyusahkan Kak Pah sahaja.."

Malam itu saya tidur agak awal kerana berusaha untuk bangun solat di tengah malam. Solat istiharah.[CLICK] Ya, saya pernah disarankan oleh Mak Wa dan atok abah ketika membuat pilihan di zaman persekolahan [sekolah berasrama atau sekolah biasa]

"Ya Allah. Saya manusia lemah dan sering terlupa. Alpa ketika senang. Merintih ketika memerlukan-Nya"
Namun, saya hanya tersedar beberapa minit sebelum azan subuh berkumandangan. Di dalam solat istiharah saya berbisik kepada-Nya yang Maha Esa;

"Ya Allah ya Tuhanku. Berikanlah petunjuk-Mu. Jika dia bukan jodoh untukku, jangan biarkan dia hadir mengetuk pintu hati ini. Jangan biarkan hadirnya hanya sekadar singgah sebentar lalu beredar.

"Wahai Tuhan, hati ini hanya satu. Hanya untuk-Mu. Temukanlah daku dengan pasangan yang telah dijodohkan untuk ku. Pasti daku akan patuh kerana mematuhi perintah-Mu"

"Ya Rabbi, ya Hayyum, ya Qayum, Ya Latif.... perkenankanlah".

9 comments:

  1. baca cerita roza, ingat kisah akak dengan fasi minggu suaimesra.tapi akak tolak...sebab akak baru tahun satu dan dia dah nak habis belajar. Tetapi Akak tak ada pulak nak solat istikharah masa tu..

    ReplyDelete
  2. syabas kak roza... permulaan yg baik insyaAllah diberkati Illahi. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Syahdunya doa itu...meresap kehati.




    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Bunga tanjung dah nak jadi bunga2 cinta nie.

    Teringat akak masa zaman kanak2 dulu mmg suka kutip bunga tanjung dan dijadikan rantai.

    Smlm akak ada nasihatkan staff lelaki akak yg dah 2X putus cinta sehingga dia membuat tindakan yg boleh menjejaskan kerja. Nasihat akak kalau jumpa org dan berkenan, buat solat istiharah dulu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada semua yang sudi mencoret di sini.

    ReplyDelete
  6. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete