Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, January 11, 2011

Ayam goreng istemewa

Emak jarang mengoreng ayam sebagai hidangan tengahari sewaktu kecil kami. Alasannya ia tidak berkuah dan tidak boleh dijadikan lauk. Barangkali dengan selera makan kami, emak bimbang kalau-kalau ia tidak mencukupi.

Suatu hari abah membawa pulang beberapa ekor anak-anak ayam yang comel berwarna kekuningan dari pasar. Abah memberi peluang untuk kami memilih mana-mana yang berkenan.

"Setiap seorang pilih sekor anak ayam. Awak kena bagi makan dan bela ayam masing-masing"

Kami teruja. Setiap ekor anak-anak ayam kami berikan nama. Masing-masing mengambil berat anak-anak ayam peliharaan mereka. Abah mengupah orang membina reban dibelakang rumah. Abah masukkan pelita kaca serta bekas makanan dan minumannya.

Lalu, kami melihat anak-anak ayam itu membesar. Ada yang menjadi ayam jantan dan ayam betina. Subhanallah! Sedangkan sewaktu kecil kami tidak mengenalpasti jantinanya.

Lauk ayam lebih kerap menjadi hidangan. Kami hampir tidak dapat menelannya kerana masih menebal perasaan kasih terhadap ayam peliharaan. Namun, kami tidak sanggup menolak apabila emak mengorengnya dengan resepi istemewa. Resepi keluarga.

"Peha ayam goreng itu simpan sebelah untuk abah."

Semasa menyediakkan hidangan, sengaja emak mengangkat ayam yang baru digoreng panas-panas. Kami adik-beradik mengambil bahagian masing-masing kecuali Ayu dan Razif. Mereka berdua akan saling pandang-memandang. Kemudian sepantas mungkin tangan masing-masing menyambar peha ayam. Pergerakan mereka serentak.

Di masa yang lain apabila emak menghidangkan ayam goreng istemewa, mereka melakukan perlakuan yang sama. Dalam banyak-banyak bahagian, pasti mereka menyambar bahagian yang sama. Pasti ada adegan renungan tajam, tertusuk terus ke anak mata. Setajam itu juga renungan ditumpukan ke bahagian ayam goreng yang bakal menjadi sasaran mereka.

Hairannya..mereka pantas menyambar bahagian yang sama!

Hari ini, ayam goreng istemewa itu semakin berkurangan rasa lazatnya. Baru kami sedari, rupanya keistemewa itu terletak pada renungan tajam itu dan kepantasan tangan merebut bahagian yang sama.

Hari ini, barangkali ayam goreng istemewa itu tidak lagi penting pada Ayu. Jangankan bergerak pantas, duduk dan bangun pun tidak mampu dilakukannya dengan kadar segera.

"Wahai Tuhanku..berikanlah kekuatan kepada adik bungsuku..Rahayu. Agar dia redha dengan ketetapan-Mu."

Gambar ihsan: myreceipe.com

7 comments:

  1. sebak saya membaca entry ini. semoga Allah memberi kekuatan kpd Kak Rahayu,amin.

    ReplyDelete
  2. SALAM.....semoga kak rahayu diberikan kekuatan ....tapi kenapa acik roza selalu tulis pasal makanan sekarang ni.....saya dah mengidam macam2 dah ni....

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,

    Kak Roza sedang menulis tentang Travelog masakan: Bukan sekadar resepi.

    Sepanjang perjalanan hidup, kita tentu berjumpa dengan makanan baru. Bagaimana pertemuan itu ada cerita di sebaliknya.

    Ia bukan sekadar resepi. Ada ilmu [tacit knowledge] yang mahu diajar oleh Allah S.W.T. bagi mereka yang mahu berfikir...

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  4. Salam puan....Bhgan peha ni selalu jadi rebutan kami 4 beranak ..semoga ayu kuat semangat dan terus tabah melawan kansernya.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera CT Noarizahm

    Semuga Allah memberi ketabahan kepada Ayu, suami, anak-anak dan keluarga mertuanya.

    ReplyDelete
  6. SALAM....ye ke....tak sabar menantikan buku baru....

    ReplyDelete
  7. salam Pn. Roza - saya pun tak sabar nak tunggu buku recipe ..Insya ALLAH akan dpt kan buku nya...paling lina suka recipe sup labu..

    ReplyDelete