Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, January 4, 2011

Nasi Ambeng


Nasi Ambeng!

Hari khamis malam Jumaat adalah masa yang ditunggu sepanjang minggu. Kenapa? Kerana abah dijemput oleh jiran tetangga menghadiri kenduri kesyukuran di rumah mereka. Biasanya emak tidak menanak nasi pada malam tersebut.

Kami sekeluarga tinggal di kawasan perkampungan berketurunan jawa. Apabila ada kenduri kesyukuran mereka akan menjemput jiran tetangga. Selepas membaca doa selamat, kaum bapa dihidangkan dengan makanan di dalam dulang. Empat orang berkongsi satu hidangan.

Mereka menjamah semulut dua. Kemudian setiap hidang di bahagi kepada empat bahagian. Setiap seorang diberikan selembar daun pisang atau daun ketapang yang lebar. Makanan tadi dimasukkan ke dalamnya, dibungkus untuk dibawa pulang kepada keluarga.

Kami adik beradik sanggup menunggu sehingga abah pulang walaupun agak lewat malam. Menanti juadah yang menyelerakan. Kepulangan abah adalah saat girang yang dinanti-nantikan oleh kami.

"Mak..abah balik! abah balik!"

Sorak-sorai riang gembira. Emak menyambut rezeki yang dibawa pulang oleh abah dan memasukkannya di dalam talam. Ada lauk ayam dimasak semur [kicap] bersama suhun, sambal goreng kacang panjang, serunding daging, mee goreng, ikan kering, tempe masak ungkep dan kacang tanah goreng.

Menyelerakan!

Membekalkan nasi ambeng atau nasi berkat untuk di bawa pulang ke rumah adalah amalan jiran tetangga berketurunan jawa. Ia suatu amalan yang meresap di dalam jiwa. Keenakan nasi ambeng di zaman kanak-kanak terasa lazat tidak terperi. Apatah lagi jika ianya dimakan secara berebut-rebut sesama adik-beradik sendiri.

Apabila dewasa, perasaan rindu mengimbau kenangan silam apabila terpandang nasi ambeng yang di jual di bazar Ramadhan atau di pasar malam. Panggilannya masih sama namun lauknya sudah jauh berbeza.

Nasi ambeng lambang keharmonian jiran tetangga. Ia suatu nikmat kurniaan Allah yang maha kuasa.

3 comments:

  1. kenangan yang hampir sama...cume dahulunya ianya berlaku kalau saya balik kampung ke rumah nenek...

    sekarang nak makan nasi ambeng sebegitu, setahun sekali pun susah...mmmmm....enaknya mengadap dulangh, berebut kan nasi ambeng..

    yang ade sekarang nasi ambeng yang telah dimodenkan...

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera,

    Betul tu daliela.

    ReplyDelete
  3. salam puan roza.
    aduhai tetiba di malam hari ni teringat pula nasi ambeng bila baca entry ni. saya hanya sempat makan nasi ambeng berebut2 masa kecik2 je. bila dah besar ni jumpa balik nasi ambeng di pasar ramadan di seksyen 7 shah alam. Sekarang bekerja di seberang Laut China Selatan nasi ambeng hanyalah satu menu impian di sini. =)

    ReplyDelete