Benar. Di sekolah kami tiada diskriminasi gender dan bangsa. Bagi cikgu, sesiapa sahaja yang layak boleh menjawatnya. Dia mengetuai sebilangan besar anak-anak melayu di sekolah kampung itu. Bapanya seorang guru di sekolah rendah tamil Ladang Nagappa. Letaknya di pendalaman. Untuk ke sekolah tamil itu, ia perlu melintasi sekolah kami.
Ravi Shankar menguasai bahasa melayu dengan baik, malah boleh membaca tulisan jawi. Banyak nilai tambah yang ada dalam dirinya, seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa, menjadikan dia seorang yang popular. Tidak hairan jika dia disayangi cikgu-cikgu dan rakan-rakan.
Saya mengenalinya ketika di dalam darjah lima kerana dia adalah ketua murid. Jika ada murid-murid yang membuat kesalahan, dia pasti memaklumkan secara berdepan kepada mereka. Saya tidak terkecuali.
"Saya sudah lama perhatikan awak. Awak menjual buah mempelam di sekolah.."
"Ya, tetapi di luar kawasan sekolah. Di luar pagar.."
Saya melawan. Dia akur dan langsung tidak melaporkan kepada guru displin. Barangkali secara teknikal, saya tidak boleh disabitkan kesalahan kerana menjual makanan di luar kawasan sekolah. Ianya berterusan sehinggalah suatu hari yang ditentukan Allah, duit jualan buah mempelam yang saya simpan di dalam beg sekolah, di curi orang. Ia berlaku ketika waktu rehat.
Pandai pula saya mengadu kepada Ravi Shankar. Keesokannya, guru besar membuat pengumuman semasa perhimpunan di waktu pagi.
"Masyallah. Itulah lain kali awak mesti berhati-hati." pesan Ravi.
Sebagai membalas jasabaiknya, saya menghadiahkan sebiji mempelam yang besar kepadanya. Lalu, kami mula bertegur-sapa. Di masa-masa yang lain, dia pandai pula menggendeng buah mempelam jualan saya.
"Eh, saya tidak boleh beri awak secara percuma.. Semua ini sudah ada yang punya. Kalau awak mahu, esok saya bawa. .tetapi tolong ambil dan bayar di luar pagar ya."
Terdiam.
Begitulah perangai buruk saya. Lupa daratan dan tidak sedar diri . Entah mengapa, dia langsung tidak membeli mempelam saya. Tetapi, masih juga membuat permintaan yang sama. Dari jauh, dia hanya memerhatikan sahaja "aktiviti kurang ajar" saya di luar pagar.
"Buah mempelam ini saya jual..bukan percuma.."
Tetapi, akhirnya saya jatuh kasihan kepadanya. Terlintas di hati saya, barangkali bapanya tidak memberi wang saku. Malah, dia tiada pokok mempelam dirumahnya. Ya Allah, sombongnya saya. Lalu, jika ada sebiji dua buah mempelam yang sedikit buruk isinya, saya memberi kepadanya secara percuma. Dia menyambutnya dengan riang gembira.
"Terima kasih. Emak saya pandai buat tosai, nanti saya beri sekeping kepada awak."
Begitulah janjinya, namun tidak pernah tertunai. Sehinggalah sampai perayaan Deepavali. Ravi Shankar beriya-iya menjemput saya ke rumahnya. Siap sekali dengan peta ke rumahnya.
"Awak mesti rasa tosai emak saya. Ia sedap di makan panas-panas."
Barangkali itulah sebabnya dia tidak membawanya ke sekolah, kerana katanya tosai sedap di makan ketika masih panas. Wah, pandai dia menjaga reputasi masakan emaknya. Saya tidak dapat mengaggak bagaimanakah rupanya tosai itu. Barangkali ia serangkaian dengan roti mariam. Saya mengangguk, senyum dan menyambut peta darinya. Tetapi di dalam hati bernekad dan berkata;
"Eei.. siapalah yang mahu makan tosai emaknya. Entah bagaimanalah cara emaknya menguli tepung itu.."
Berziarah di perayaan deepavali dan makan tosai di rumah penganut hindu? Bolehkah? Halal kah? Balik-balik saya terbayangkan bagaimana emaknya menguli tepung, mencanai.. Hish..tidak sanggup rasanya.
Beberapa hari sebelum cuti deepavali, sekali lagi Ravi mengingatkan saya. Kali ini wajahnya penuh berharap.
"Awak tidak mahu rasa tosai emak saya? Hanya deepavali sahaja rumah saya terbuka.. "
Senyum. Tetapi di dalam hati berkeras menyatakan;
"Oh, tidak. Terima kasih sahajalah.."
Apabila sampai masanya, saya masih juga berbelah bahagi. Terniang-niang dengan kata-katanya. Terbayang wajah bangga seorang anak yang mahu rakan-rakan berkongsi masakan istemewa emaknya. Hasil tangan emak yang melimpah kasih sayang kepada anak-anaknya.
Subhanallah. Bayangkan bagaimana sekeping tosai begitu disebut-sebut oleh seorang anak. Apakah anak-anak teringat-ingat air tangan masakan kita?
salam puan roza..
ReplyDeletemenarik entry pasal tosai ni...tosai sebenarnya tidak diuli, ianya dibuat dpd beras + sejenis kacang yang direndam semalaman dan dikisar dengan segenggam nasi sbgai ganti ragi... menjadi bancuhan tepung yang kemudiannya di masak atas kuali leper....(mcm bancuhan lempeng)....walaupun dr mata kasar nampak mcm takde yg meraguka...tapi tindakan pn tu ada benarnya.. perkakasan yg digunakan mgkin diragukan...senang citer buat sendiri kan...lebih yakin!
Salam Pn Roza,
ReplyDeleteLebih baik makan tosai dari roti canai demi kesihatan.
Ravi Shankar pun pandai cakap masyaAllah ye...
ReplyDelete-Idrina-
Idrina,
ReplyDeleteSalam sejahtera, Itulah proses asimilasi yang berlaku bila berada di tengah-tengah masyarakat Melayu Islam.
Form 3 beliau ambil paper pengetahuan Islam, Sijil Rendah Pelajaran.
Roza
Salam Pn Roza,
ReplyDeleteMengenali dari blog mama ju. Memang terpikat dah. Bukan terpikat dgn tosai Ravi tapi intipati cerita tosai emak Ravi.
Memang sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran..
ReplyDeletesalam Pn Roza...
ReplyDeletedi mana A Ravi Shankar.... di mana kau sipanjang?
aku tak mau tosai hidangan kepada Pn Roza tu...aku mau vadeeaaaaaa...
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny