Tingkatan Satu.
Transformasi diri. Melihat dunia dari skop remaja di luar bandar. Pengalaman dan pelajaran baru bermula.
Saya sering membuat perbandingan dengan pengalaman Kak Long Pidah yang bersekolah berasrama penuh. Ternyata ia jauh berbeza. Amat ketara. Namun, saya merasa gembira kerana dapat mengadaptasi secebis daripadanya di sekolah itu sehingga ia dikatakan inovasi baru.
Sekolah Menengah Jementah di mukim kecil. Terpencil. Kami belajar di dalam seribu kepayahan terutamanya apabila cikgu cuba mengambarkan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.
Bayangkan, apabila cikgu bercerita tentang Muzium Negara, Universiti, Perbankan, Perindustrian dan banyak perkara yang terdapat di Ibu Negara, kami semua terkebil-kebil mata. Apabila cikgu bercerita tentang ekologi tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang sambil menyentuh tentang Zoo Negara, kami terngangga!

Bagaimana mungkin dapat mengambarkan, kerana kebanyakan kami tiada pernah ke Ibu kota. Ke bandar Segamat pun boleh di bilang dengan jari. Itupun hanya ketika di bulan Ramadhan untuk membeli keperluan menyambut Aidil Fitri.
Malah rata-rata penduduk sekitar kampung itu tiada mempunyai apa-apa. Mereka bukannya orang berada. Kebanyakan ibubapa mereka adalah bekerja sendiri, penoreh getah dan pekebun kecil. Kami jarang melihat berita bergambar. Jarang membaca surat khabar. Radio dan Televisyen jauh sekali. [Nota: Talian Eletrik pun belum masuk ke kampung lagi].
Itulah lumrah. Kami menyerah diri kepada Allah. Kami pasrah.

Suatu hari, beberapa orang cikgu yang mengajar matapelajaran Perdagangan mencadangkan untuk mengadakan rombongan ke Kuala Lumpur. Beberapa kelas dikumpulkan untuk merancang dan berbincang.
"Saya rasa ianya suatu keperluan kerana kamu semua tidak dapat mengambarkan apa yang saya sampaikan. Di sana nanti banyak tempat yang boleh kita lawati. Tolong cadangkan dan beritahu saya supaya kita dapat masukkan di dalam acara lawatan kita"
Cikgu sekadar menguji setakad mana pengetahuan kami. Tiba-tiba salah seorang rakan mengangkat tangan.
"Cikgu bolehkah kita ke Tugu Negara?"
"Emm..tentu sekali. Lagi?
Cikgu berkerut-kerut muka, namun diteruskan juga. Rakan-rakan yang lain berlumba-lumba memberitahu tempat yang menarik perhatian untuk lawatan.
Kita ke Batu Caves, cikgu!"
"Batu Caves? Emmm, ok kita akan cuba ke sana. Ada lagi?"
"Universiti Malaya"
"Ok.. Bagus! Itu tempat saya belajar."
Saya buntu. Terpesona kerana banyak betul pengetahuan rakan-rakan berbanding dengan saya. Lalu, saya teringat kata-kata Kak Long Pidah jika kita ke Kuala Lumpur jangan lupa ke sana. Saya mengangkat tangan dan berkata dengan penuh berkeyakinan serta bernada bangga.
"Cikgu, apa kata kita ke A&W..?Cikgu-cikgu yang ada semuanya ketawa. Pelajar lain tertanya-tanya.
"A&W? Awak nak buat apa di sana?"
"Nak makan "Burr..gerr" Terkial-kial menyebutnya. Dengan penuh susah payah.
Ternyata rakan-rakan yang tidak berpengetahuan, kagum dengan saya. Apa yang pasti, entah apakah juadahnya "Makanan Burger" itu yang paling mereka nantikan. Sebabnya, mereka juga seperti saya!
Cikgu meminta saya ke papan tulis di hadapan kelas untuk melakar. Ingat-ingat lupa. Gambar "Burger" yang saya lakar menjadi sangat kelakar.
Cikgu meminta saya ke papan tulis di hadapan kelas untuk melakar. Ingat-ingat lupa. Gambar "Burger" yang saya lakar menjadi sangat kelakar.
Mereka teruja!
SALAM ROZA,
ReplyDeleteKELAKAR DALAM KESEDEHAN . hehehehe...
samalah amcam akak. ,alah lagi teruk kut...
misi
Assalamualaikum Misi,
ReplyDeleteSekarang jika diingatkan..memang kelakar pun. Sebab dulu-dulu kalau keluar bandar perangai macam Jakun!
He..he
Assalamualaikum
ReplyDeleteAkak sampai ke tua ni pun tak makan burger.
Disebabkan jakun sesangatlah tu.
Banyak lagi makanan "omputih" yang akak tak pandai makan...antaranya pizza.
siannnnn.
Kak wati
(Gembiranya di pertemuan kelmarin...semuga kita dapat berjumpa lagi. Selamat menunaikan Umrah)
Assalamualaikum Kak Wati,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kuasa Allah yang menemukan kita. Terlalu gembira sehingga terlupa hendak tinggalkan tanda mata.
Semua Allah pertemukan kita lagi.
Assalamualaikum
ReplyDeleteKesudian Roza dan Prof menjejakkan kaki ke Kg kami adalah tanda mata yang amat berharga.
Tak siapa menduga. Tak terfikir kita akan berjumpa selepas 20 tahun. Subhanallah.
salam puan roza..
ReplyDeletesaya orang segamat!
sedihnya mereka ni...
tapi lawak jugak..
semoga segalanya akan jadi lebih baik...
amen
salam...