Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, May 22, 2009

Pipit Sawah

Rajuk yang berpanjangan.

Saya nekad dan kuatkan hati untuk tidak mahu bertemu dengan Mak Wa. Terserempak pun saya tidak mahu.

Begitu juga dengan mak. Saya tidak boleh terima kenyataan bahawa beliau ada perkara penting yang perlu dibereskan. Saya mengharapkan agar mereka menangguhkan sahaja kerana itu. Tetapi ia tidak pula jadi begitu.

Marah. Kesal. Hilang kepercayaan.

Saya tidak peduli jika mak terasa kerana mulai jarang berbual-bual lagi dengannya. Hati melayan bisikan dan hasutan syaitan. Melawan mereka secara diam.
"Mak dan Mak Wa. Saya tidak mahu lagi berkongsi cerita dengan mereka."

Masa terus berlalu. Saya tidak lagi bersikap seperti dahulu. Kehilangan kawan dan keseorangan. Saya lebih banyak berkurung di dalam bilik sendirian. Melayani perasaan. Kompleks jiwa anak remaja. Monolog diri sering berperang sambil membisikan;
"Sampai bilakah ia akan terus begini?
"Ah..biarkan ! Selagi tidak hilang sakit di hati."
Sikap bodoh sombong berterusan. Saya seperti semakin tidak mengenali diri sendiri. Membuat keputusan secara melulu. Melepaskan kata mengikut perasaan. Biar mereka terguris! Biar hati tercalar..Siapa yang peduli!

Tetapi, lama kelamaan saya sakit sendirian kerana tiada siapa pun yang melayan. Malahan saya tahu bahawa mereka buat-buat tidak ambil tahu. Saya hampir mengalah, namun masih melayan hasutan syaitan.
"Abah tidak sayangkan saya. Kini Mak dan Mak Wa pula."

Itulah yang sering bermain-main di kepala.

Namun, dari kejauhan apabila ada kesempatan saya mengintai memerhatikan Mak Wa yang terbakar kulitnya sendirian menghalau pipit sawah di bendang. Pipit sawah yang tidak tahu erti jemu. Walau di halau berkali-kali, ia tetap kembali.
"Tidak! Tidak mungkin saya menjadi seperti pipit sawah itu. Tidak sekali-kali!"
Kerinduan untuk kembali seperti dahulu sesekali hadir tetapi hati masih berdegil!
"Ya Allah, sakitnya perasaan apabila tiada seorang pun yang melayan. Bodohnya diri berkelakuan seperti ini. Merajuk tiada seorangpun yang memujuk."

"Wahai tuhan, jadikan lah hari ini lebih baik dari semalam. Jadikan lah hari esok lebih baik dari hari ini."

"Ya Allah, hanya pada-Mu tempat mengadu. Jadikan lah diri ini seorang hamba yang baik disisi-Mu"

5 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=cYQcnegaC24

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ibnu Abbas,

    Terima kasih.

    Sila layari youtube di atas untuk memahami "Dilema seorang Gadis".

    ReplyDelete
  3. kak roza..
    salam kenal dan minta izin nak link your blog dlm dlm saya yea..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Silakan Ajzie.

    Semuga ada yang dapat dimanafaatkan untuk tujuan mengingati kasih sayang dan kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  5. simpati dengan kisah kehidupan puan Roza,begitulah sikap ibu bapa,mereka tetap sayangkan kita tetapi mereka tidak menunjukkan kasih sayang itu (sikap ibu bapa zaman dulu)wbp mereka ttp ibu bapa kita yg meminta kita membelai dan menunjukkan kasih sayang kita pula kepada mereka setelah mereka tua.Dunia ibarat satu pusingan roda.

    ReplyDelete