Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, May 1, 2009

Titisan Air


Suatu petang, apabila ada kesempatan saya pernah bertanya kepada Mak Wa,
" Kenapa abah suka memukul saya?"

"Itu tanda abah sayang kepada awak."

"Kenapa abah mesti memukul?"

"Pernah dengar peribahasa - Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak pukul-pukulkan."

"Tetapi saya dah besar sekarang. Bolehkah Mak Wa beritau abah supaya jangan pukul saya lagi? Saya malu dengan kawan-kawan. Beritahu dia, janganlah marah-marah saya di depan orang."

Diam.
"Kenapa tidak awak sendiri yang memberitahu?"

"Saya takut...Saya tidak tahu bagaimana lagi hendak membuatkan abah suka kepada saya. Mesti dia tidak sayangkan saya."

"Jangan takut. Abah awak sebenarnya berhati lembut. Dia bersikap garang supaya anak-anak membesar nanti menjadi "orang."

"Saya bimbang akan menjadi seorang pendendam."

"Jangan begitu. Batu yang keras pun lama-kelamaan pasti akan lekuk apabila di titis air yang menitis. Titisan tanpa jemu. Berterusan."

"Tapi hati abah lebih keras daripada batu.."

"Allah ada membantu.. Bisikkan dan mohon Allah lembutkan hatinya."
Sambil melihat parut di betis, air mata menitis.
" Ya Allah. Lembutkan hati abah. Lembutkan lah.. Jika dia berada di dalam keadaan susah, permudahkanlah. Janganlah sampai saya jadi pendendam. Bukakanlah hatinya..sayangilah saya."

3 comments:

  1. Salam Puan Roza..
    Aruah ayah kakliza juga garang...strik abis..tapi jarang la nak pukul..tapi kami adik beradik mmg takut..
    apapun kakliza rasa kasih sayang seorang ayah amat mendalam pada anak2 cuma cara menyampaikannya tak sama..

    semoga kita semua mengambil iktibar atas apa yang kita lalui...

    ReplyDelete
  2. entahlah, sedeh bangat nih Roza

    misi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Abah saya tak garang, tapi mak saya memang garang. Diam-diam saya jadi pendendam.

    Bila dewasa saya terpaksa akur, bahawa tidak baik berdendam. Saya takut jadi anak derhaka. Saya mohon dengan Allah. Itu saja yang saya mampu.

    Saya selalu berazam tidak akan buat begitu pada
    anak-anak.


    Kak wati

    ReplyDelete