Perkahwinan di usia remaja.
Wanlah yang menunjuk ajar saya masakan kegemaran anak lelakinya itu. Namun, bagaimana mungkin saya dapat menyamai air tangan ibu yang murni? Tangan yang telah menyuapi sejak dari bayi.
Bagaimana mungkin masakan yang terjelma hasil dari kasih ibu dapat di tandingi. Alangkah jauhnya perbezaan jika masakan isteri hendak dibandingkan.
Kelazatannya abadi. Rasanya tidak terperi.
Nikmatnya menusuk hati.
Saya akui.. saya di panah kerinduan terhadap Wan ketika ini. Rindu dendam yang amat mendalam. Rindu yang menghiris perasaan. Rindu kasih sayangnya. Teramat sukar digambarkan.
Dua belas orang anak telah dikandungnya. Berkahwin ketika usia teramat muda. Seumur hidupnya hanyalah untuk mereka. Wan insan istimewa. Ketabahannya luar biasa. Lalu, di hari persandingan kami, beliau mengungkap pesanan :
"Tidak mengapa berkahwin muda kerana Wan pun begitu juga. Cuma Wan hendak berpesan agar Roza kena banyak bersabar. Menjadi seorang isteri dan ibu muda bukannya mudah seperti yang disangka."
Saya benar-benar mendengar.
"Hidup berumahtangga tidak seperti sewaktu zaman bercinta. Ia penuh dengan pancaroba. Ada suka, ada duka. Hadapilah bersama. Cinta yang abadi hanyalah cinta kepada-Nya. Mohonlah daripada-Nya agar sentiasa mencintai dia.. Jangan jemu mencintai dia. Jangan berputus asa. Wan memohon agar Roza banyak-banyak mendoakan dia sebagaimana Wan juga berdoa untuknya."
Terus mendengar.
"Walaupun dia telah berumahtangga, dia masih lagi anak Wan. Seperti baru semalam, Wan merasakan dia masih merengek meminta dimanjakan. Daripada dua belas anak-anak Wan semua, dia ternyata berbeza. Bantulah dia."
Saya diam tidak terkata. Suara tersekat. Tersumbat di dada. Tersimpul mati di dalam hati. Hanya Allah yang mengerti.
Kalau boleh saya luahkan..
"Wan, apakah yang boleh saya bantu dirinya? Apalah yang saya ada? Saya tidak memiliki apa-apa. Jika kecantikan yang dia lihat, sebenarnya saya ini banyak yang cacat. Jawatan tinggi, kepintaran malah harta benda jauh sekali. Saya hanya ingin melihat dia berjaya. Saya hanya ingin hidup bahagia disampingnya. "
"Wahai Tuhan. Mohon agar dia memandang saya. Dengan pandangan yang murni, setulus hati.
Saya akan katakan lagi.
"Biarlah dia berlari, biar dia terbang tinggi. Saya relakan. Saya pasti akan mencari jejaknya dari belakang. Walau terpaksa berhinsut, berpapah mencari arah.. meraba-raba mencarinya."
"Perbezaan kami.. Bagaikan langit dengan bumi. Itu saya tahu, itu juga saya sedari. Namun, Allah yang telah menemukan. Allah yang telah menjodohkan kami."
"Dialah pilihan dari tangisan Istiharah. Pasrah. Ternyata pilihan bukan kerana naluri tetapi menurut mata hati. Lalu, mengapa saya harus menyangkal kerana Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Apa yang ada di langit, yang ada di bumi dan di antara keduanya."
Saya hampir menyesal kerana tidak berpeluang meluahkan perasaan kepada Wan. Hidup saya di ajar agar mendengar. Ternyata saya amat sayang sekali kepadanya. Bukan sekadar ibu mertua.
Lalu, jika jasad Wan masih ada.. itulah yang ingin saya nyatakan perasaan terhadap anak lelaki kesayangannya.
Namun, biarkan ia begitu. Biarkanlah..
Al-Fatihah untuk ibu mertua saya - Hajah Wan Fatimah.
al fatihah untuk arwah Hajjah Wan Fatimah
ReplyDeleteal fatihah juga untuk arwah ibu mertua saya Mashitah Abdul Hamid 1955 - 2007
saya juga amat merindui leteran dan nasihat ibu mertua saya....dan saya juga sepert kak roza..amat menyesali dgn simpanan kata kata yg tidak sempat saya luahkan.
saya sakit 1 bulan selepas pemergian ibu mertua. seperti VCD yg berputar difikiran, sampai kena jumpa pakar. tambah lagi dengan pemergian abah kandung 44 hari selepas ibu mertua. amat amat merindui mereka!
Salam..
ReplyDeleteterharu kakliza membaca n3 ini..
berasa beruntung kerana kakliza masih mempunyai ibu mertua..
Alhamdulillah...
Al-Fatihah buat Allahyarham Hajjah Wan Fatimah..
Assalamualaikum
ReplyDeleteSebak dan terharu membaca entry Roza. Terkenangkan ibu mertua sendiri, semuga Allah memberi kebahgiaan kepada mak...yang begitu penyabar dengan kerenah menantu dan anak2 cucunya.
(Susah pulak nak berenti airmata ni)
Kak wati
mak mertua saya pun baik juga. terharu rasanya bila menerima saya sebagai sebahagian dari keluarga. semoga Allah jua yang membalas budi baik bonda mertua.
ReplyDeletesalam sayang,
ReplyDeletemasa akan tiba jua dimana Roza akan merasakan sebagaimana Wan rasakan bila Roza dapat menantu nanti. smoga baik- baik belaka.
Alfatihah buat Wan dan semua ibu mertua.
misi.
Saya amat bersyukur kerana berpeluang melayari blog Pn Roza suami isteri, hari ini dan semalam. Mungkin ini hikmah cuti sakit yang diberikan doktor atas kehendak Allah S.W.T.
ReplyDeleteMembaca blog Puan Roza, seperti menghimbau kenangan lama saya kerana kita membesar dizaman yang sama (saya berusia 43 tahun)sementara blog Prof memberi saya motivasi diri untuk merenung diri saya sendiri, dulu...kini..dan hari yang mendatang.
Apa yang dapat saya simpulkan, pengalaman dan kecekalan hidup Puan Roza telah berjaya mengubah Prof menjadi seorang Pendakwah yang hebat atas kehendak Allah S.W.T.
Saya juga mempelajari, betapa Allah amat mendengar doa yang tulus ikhlas dari hambanya serta akan mengkabulkan doa kita dengan caraNya yang tersendiri.
Semoga saya dapat mencontohi kalian berdua dan mendapat Allah S.W.T dapat memberi petunjuk dan rahmatnya kepada kami sekeluarga.
Salam Roza,
ReplyDeleteSungguh tersentuh hati setiap kali membaca coretan Roza. Dalam banyak-banyak tu, ini yang paling 'touching'. Allah s.w.t telah menetapkan bahawa Roza & Prof saling mele gkapi antara satu sama lain.
Doa seorang isteri kepada suaminya sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Prof merupakan manifestasi 'bingkisan kasih' Roza.
Sambil menonton siaran ulangan Cafe Akhil Hay malam tadi, saya beritahu suami, alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa dengan Roza & Prof semasa umrah nanti. Insan yang saya kagumi...
Semoga Roza & Prof dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan berpanjangan sehingga ke syurga firdaus.
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteThanks very much for posting this entry :)
Salam Sejahtera .Entri Roza mengingatkan kepada seorang wanita yang pernah bergelar ibu mertua kepada saya suatu masa dulu. Walau pun Allah mentakdirkan perpisahan di antara saya dan anaknya, saya masih menyayangi beliau sepenuh hati. Dia tetap salah seorang ibu (selain ibu dan nenek saya) yang kasih sayangnya pernah saya miliki dalam kehidupan ini. Sama-sama kita doakan agar semua wanita istimewa dalam hidup kita dirahmati ALLAH di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteDi saat ini saya juga amat merindui ibu mertua (omak) yang telah 3 bulan tidak bertemu krn tidak berkesempatan utk pulang ke kg. Ketika berpantang omaklah yang menjaga saya dan ketiga-tiga anak sehingga saya bekerja semula. Terima kasih omak di atas segalanya.
ReplyDeleteBertuah puan Roza kerana bersuamikan Prof Haji Mohd Kamil dan begitulah sebaliknya.Kedua-duanya mempunyai aura yg hebat sehingga kehidupan puan suami-isteri berjaya dan mendapat rahmatNya.Tahniah juga kerana berjaya menjadi bloggers yg kini mempunyai ramai peminat dan pengikut termasuk saya.Sehari kalau tak lihat blog tuan-puan suami-isteri tak boleh duduk rasanya.Teruskan menulis.
ReplyDeleteZag4321@yahoo
salam kak roza.. bergenang airmata ni membaca entry kak roza..sungguh terharu..
ReplyDeletesaya tidak berpeluang mendapat kata2 nasihat seperti ini yg timbul dan terpancar dari sudut hati...wlwpun teringin sekali.. dari ibu sendiri pun jarang sekali.. terkadang mengharap tetapi sampai sekarang masih lagi mengharap...
urmmmm.... touching pulak saya...
ReplyDeletesalam perkenalan dengan blog puan...
'saya budak baru merangkak dlm kehidupan rumah tangga....'
masih hitungan bulan.... bernikah dengan anak jati segamat...perbedaan kecildr segi cara hidup dan didikan yang memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam memahaminya untuk berlari seiring seumur hidup.... apalagi hubungan PJJ yang amat kelat untuk di lalui...demi mendapatkan segulung ijazah dan cita2, demi kasih sayang dan masa depan bersama2.... demi jalan yang dipilih dan di tuntut sendiri, doakan saya dan suami dapat mengharunginya dengan sabar dan tabah.... amin.....
Salam K Roza,
ReplyDeleteTQ kerana menyedarkan sy lg tentang kasih ibu.
Menitis jua airmata...wpun sy belum ada ibu mertua, tp punyai 2 ibu;ibu kandung dan ibu yg membesarkan saya...kadang2 sy rasakan sy abaikan mereka berdua.
Ya Allah, berilah aku kekuatan utk mengasihi ibu2 ku ini...dan juga mereka yg lain yg bergelar...IBU.