Terdapat pelbagai perubahan di dalam rumah yang ketara. Pada pandangan kami abah telah semakin kaya. Hari demi hari semakin bertambah rezeki.
Dahulu, jika tetamu datang bertandang hamparan tikar mengkuang kami bentangkan. Bila malam tiba, tilam kekabu bersama kelambu di pasang bagi menghilangkan keletihan. Kami tidak sesekali merasa sebarang kekurangan, walaupun sepupu -sepupu sering bertanya kenapa rumah kami kelihatan kosong sahaja.
"Kak Ngah, Abah kita beli kerusi set."
"Ada lagi?"
"Ada. Katil dua tingkat!"
Kami hampir pengsan kerana tidak percaya apa yang berlaku di depan mata. Kepada kawan-kawan di sekolah, saya rasa bagaikan nak pecah dada disebabkan perasaan membuak-buak ingin memberitahu mereka. Mahu rasanya saya membuat pengumuman,
sebagaimana kebanyakan rakan sekelas mengumumkan.Kadang-kadang rasa cuak pun ada kerana perkara remeh temeh pun mereka hendak kongsikan bersama. [ TV, dapur gas, langsir, alas meja malah cermin mata. Haah..Cermin mata?]
Hati kuat menyuruh menahan agar berita sebegitu tidak perlulah disebarkan. Cukup! Pendamkan perasaan. Nikmatilah perasaan gembira. Biarkan ia bergelodak di dalam dada. Namun, sayangnya..perasaan begitu selalunya ia tidak kekal lama. Suatu hari, terpecah juga ceritanya.
"Haa..kita ada kerusi set dan katil macam tu dah lama.."Menyesal kerana memberitahu mereka.
Lalu, saya sampaikan pula kepada Mak Wa. Sebagai balasan, Mak Wa ajarkan sejenis kuih kegemaran anak lelakinya.
"Abah awak suka kuih ini. Namanya kuih "Puteri Mandi." Nah, berikan kepadanya."
"Awak tahu kan, kadang-kadang perasaan serta rasa terima kasih tidak dapat diucapkan dengan kata-kata."
"Ada caranya. Lihatlah bagaimana abah awak tunjukkan tanda kasih kepada anak dan isterinya.."
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteJauh berbeza "pemikiran dulu-dulu" dengan "pemikiran zaman moden".
"Pemikiran dulu-dulu" - anak-anak yang dimarahi ibubapa ditenteramkan dengan kata "dia marah kerana sayang kamu". Hasilnya, anak-anak yang pernah dimarahi amat jarang menyimpan dendam. Alhamdulillah, saya dididik dengan "pemikiran dulu-dulu".
"Pemikiran zaman moden" - anak-anak terdedah dengan kes dera, kes buang anak dan segala macam kesalahan yang diletakkan ke atas bahu ibubapa (dan guru-guru juga). Dirotan salah, dikata tak betul kaedah atau tak sesuai dengan zaman. Bila anak tidak dibenar bergaul dengan kumpulan budak nakal, datanglah ibubapa si budak nakal "menyelamatkan" si anak tadi dari kongkongan ibubapanya, lalu terhasutlah anak itu untuk membenci ibubapa sendiri.
Semoga arwah Mak Wa ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat rahmat dari Allah. Amin.
salam. puteri mandi tu kegemaran emak kpah satu masa dulu. Dimakan terutamanya masa nak berbuka puasa. Dah lama sangat tak buat.
ReplyDeletenice blog
ReplyDeletesalam perkenalan dari sy
pn. selamat hari ibu
ReplyDelete*saje mencelah,
dzul fiqri d6c3!