Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, May 6, 2009

Buku Cerita

Minggu itu Persatuan Belia Daerah Segamat mengadakan hari terbuka di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas. Sekolah itu digunakan sepenuhnya sempena cuti sekolah.

Berbagai aktiviti berfaedah diadakan sepanjang minggu. Ada seminar, sukaneka, pameran buku, gerai jualan dan Wayang Pacak di padang sekolah pada malam harinya. Seluruh kampung terlibat sama. Malah setiap rumah diagih-agihkan beberapa orang anak angkat kepada keluarga yang berlayakan.

Sepanjang minggu itu, abah dan mak terlibat sama. Berseminar bersama dengan anak-anak angkat mereka. Lalu, kami mengambil kesempatan pergi ke gerai pameran. Kami terpaku di gerai pameran buku.

Saya dan Tuti mengheret adik-adik agar duduk di suatu sudut terbuka untuk membaca buku cerita. Kami belek helaian demi helaian. Membaca petikan dari sebuah ke sebuah buku yang dipamerkan. Ada kalanya buku di belek agak lama, kerana kami membaca isi kandungannya.

Kakak dan abang yang menjaga tidak langsung menghalang, malahan memberikan kami galakan.
"Duduk adik kalau hendak membaca. Di sudut sana ada kami menyediakan kerusi dan meja. Memang itu sudut bacaan. Silakan.."

Lalu, saya dan Tuti membaca seberapa banyak buku cerita yang ada sehingga kami tidak perasan bahawa perlakuan kami telah diperhatikan.
"Itu anak -anak cikgu ke?"

"Ya, mereka itu anak-anak saya."

"Nampak mereka amat suka membaca."

"Ya..terutama anak saya yang nombor tiga.. (Tuti).
Saya melihat abah kelihatan gembira mendengar ucpaan daripada mereka. Memang abah sentiasa memberi peringatan bahawa "Membaca Kunci Pengetahuan." Tetapi apa yang paling tidak kami menyangka...
"Awak semua hendak membeli buku apa? Cepat, pilihlah mana-mana buku yang awak suka.."

"Abah, bawa duit ke?"
Tidak dapat kami bayangkan betapa gembirannya perasaan apabila judul buku berikut berada di dalam genggaman. Bukan satu, bukan dua..

Tiung Bertuah, Ranjau Sepanjang Jalan, Lima Sekawan, Pak Hitam, Antologi cerpen Fatimah Busu, Rumah di tepi sawah dan Bumi Bertuah.

Di dalam diam kami menilai hati seorang abah. Parut kudis yang bernanah kembali bertaup. Hati yang terguris kembali pulih. Jauh di sudut hati sebenarnya kami amat menyayangi lelaki separuh umur ini.

"Ya Allah! Izinkan saya memenangi hatinya..sentiasa."


5 comments:

  1. Salam..

    Alhamdulillah....dan sekarang semuanye telah bertaut kembali....Semoga ia kekal abadi buat selama2nya

    ReplyDelete
  2. Lagu Allahyarham Sudirman

    Ayah Dan Ibu

    Ayah dan ibu
    Itulah permulaan kami
    Dapatlah melihat bulan dan
    Matahari
    Ahai...

    Yang dikurniakan dari Ilahi
    Ahai...
    Ayah dan ibu lah
    Mesti dihormati

    Ayah dan ibu
    Wali dan juga keramat
    Pada mereka kita beri hormat
    Ahai...
    Bagilah tunjuk ajar dan
    Nasihat
    Supaya hidup
    Supaya hidup kita akan selamat


    Biar apapun kelemahan mereka, siapapun latarbelakang mereka, selagi mereka tidak mengajak kepada mensyirikan Allah mereka patut kita hormati dan taati
    Jangan kita durhaka dan menguris hati mereka,
    Hatta berkata aahh.. pun Allah tak benarkan
    Sentiasalah mohon kemaafaan dr mereka kerana kita mungkin tidak sedar tindakan kita telah menyebabkan mereka berkecil hati.
    Redha Allah adalah diatas keredhaan ibubapa.
    Berkhidmatlah kepada mereka kerna bila mereka sudah tiada barulah kita akan merasakan suatu kehilangan...
    (Pemergian abah 1 March yang lalu masih terasa-w/p sikapnya kadangkala seperti juga abah kak roza, tapi kufahami kenapa)

    Aliza..

    ReplyDelete
  3. Saya suka cerita Tiung Bertuah!!!
    :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Koleksi Cerpen Fatimah Busu memang best sampai sekarang saya tak lupa. Ingin sangat memilikinya sekarang. Susah juga nak cari.
    Novelnya Ombak Bukan Biru pernah saya miliki
    tapi entah mana pergi bila ramai sangat yang meminjam.

    Kak wati

    ReplyDelete
  5. Ya,banyak koleksi buku saya dapat melalui hadiah subjek terbaik. Terima kasih SK Paya Jakas. Saya baca buku Bumi Bertuah oleh Pearl S Buck ketika usia 12 tahun sebanyak 7 kali dan menjadi buku yang tiada tandingannya hingga kini. Terima kasih abah kerana menyemai cinta buku ke dalam diri saya.

    ReplyDelete