Hari ini adalah hari kelahiran abah.
Terharu malah bersyukur kerana di dalam usia begitu saya masih lagi dapat menatap wajah abah, mencium tangannya dan mendakap dengan pelukan sayang.
Tidak terlintas di hati , bahawa Allah mendengar bisikan hati.
Doa-doa yang pernah dilafazkan ketika hati menahan tangisan berpuluh-puluh tahun yang lampau. Ketika ucapan tidak terluahkan. Ketika diam itu lebih indah.
Tidak terlintas di hati , bahawa Allah mendengar bisikan hati.
Doa-doa yang pernah dilafazkan ketika hati menahan tangisan berpuluh-puluh tahun yang lampau. Ketika ucapan tidak terluahkan. Ketika diam itu lebih indah.
Hari ini lebih bermakna. Abah di samping saya. Allah makbulkan permohonan untuk berada di sisinya. Ia berlaku di depan mata, saya menyaksikan abah semakin meniti usia tuanya.
Dahulu, penuh giginya. Kini, ia jatuh satu persatu. Dahulu, kuat tenaganya. Kini, segalanya tidak lagi sama. Amat jauh berbeza. Setiap hari selepas solat subuh, tubuh lelaki itu terdampar layu dan lesu .. Dulu, tidak terbayangkan bahawa di dalam waktu seperti itu ia terbaring sendirian .. Merengkuk, berselubung, bergulung dengan selimut di dalam ruang usang.
Di dalam hidup, terdapat dua orang insan lelaki yang ingin sekali saya menangi hatinya. Ia bukan mainan, malah boleh dikatakan ia suatu perjuangan. Hati dan perasaan.
Abah merupakan salah seorang daripadanya. Bagaimana mungkin saya menolaknya. Beliau yang kelihatan garang namun sebenarnya menyembunyikan kasih sayang sejati di dalam diri. Beliau yang sering menunjukkan ketegasan di dalam membuat keputusan, ternyata ia merupakan permata wasiat bekalan untuk anak-anak simpan di hari muka.
Abah tidak pernah memberikan rasa simpati kepada diri nya sendiri. Beliau sangat kuat bekerja dan terus bekerja sehingga mendapat apa yang di cita. Malah abahlah pencetus semangat sepanjang hayat.
Katanya, cita-cita jangan terhenti. Jika tidak mampu berlari, merangkaklah
hingga membawa mati. Teruskan perjuangan apa yang dicitakan selagi hayat di
kandung badan.
Anak-anak tidak pernah dewasa pada pandangan matanya. Dari saat masih berhingus di muka sehinggalah telah berumah tangga, Abah sentiasa menganggap saya masih seperti anak kecil nya. Anak yang sering menyatakan "Abah tidak sayangkan saya.."
Masih terbayang di depan mata, bagaimana abah melambaikan tangan dan melihat saya pergi bagaikan dia tidak akan melihat saya lagi. Bumi Scotland dan Wales,UK bagaikan titik pemisah di antara kami..
Walhal, apabila berkata bahwa saya merindui suaranya, abah sanggup terbang mencari anaknya yang satu ini dari kampus ITM Dungun sehingga lah ke luar negeri.
Biar dekat mahupun jauh, kata nasihatnya tidak pernah putus. Pernah di dalam suatu kejadian, apabila perkataan tidak terlahirkan..surat menjadi penyambung untuk berhubung. Seluruh tubuh, longlai dan lemah, apabila abah menulisnya dengan begitu berhemah.
Apa lagi yang harus saya kata..apabila terbukti di depan mata, kasih sayang dan kerinduan abah kepada anak-anaknya. Tidak terjangkau dek fikiran, tidak terbayang dengan pandangan mata. Anak-anak yang dahulunya tersangat nakal tetapi abah memukul dengan cekal. Ternyata pukulan dan sebatan semalam memberi pesanan mendalam agar anak menjadi seorang insan yang berperasaan.
Abah Oh Abah.
Saya masih di sini. Menanti.
Saya masih di sini. Menanti.
Merindui sebatan semalam yang amat mengesankan. .
oohh... menitis air mata membaca entry kak roza. abah kita dah tak ada selang beberapa bulan lepas kawen. suami pun tak sempat merasa bermesra dengan abah mertua.
ReplyDeleteSelamt Hari Lahir Abah...
ReplyDeleteSemoga terus sihat selalu.Kami sayangkan Abah!
smoga abah dan mak sihat.smoga Allah memberikan Syurga pada semua ibu dan juga ayah.
ReplyDeleteSELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.
smoga dapt bersua muka dengan Roza kat Mekah nanti. InsyAllah.
saya disana dari 8 jun - 18 jun.Insy Allah. doakan yang terbaik.salam.
misi.
maaf: 6 jun - 18 jun.
ReplyDeletemisi
Salam pn Roza..
ReplyDeletebaca catatan ni sambil makan tengahari..nasi yang dikunyah tak tertelan rasanya..
Walaupun aruah abah saya meninggal hampir 6 tahun lalu, rasanya seperti baru semalam.
Aruah abah saya garang tetapi tak pernah(tak boleh) memukul anak.
oked
Pn Roza nak pergi Mekah lagi ke? bawa Ayu sekali ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteInsyallah, saya di jemput lagi sebagai tetamu umrah-Nya pada kali ini bersama keluarga.
Saya bersama suami, 2 orang anak lelaki, abah, mak dan adik perempuan bungsu, Ayu.
Lalu, nikmat manakah yang hendak didustakan bilamana bagaikan semalam membisikan kepadaNya tentang hasrat hati saya di depan Mutazam.
Subhanallah! Allah makbulkan..
Alhamdulillah.
ReplyDeleteTahniah Roza.
Selamat Hari Ibu buat Roza.
Doa saya agar Roza sekeluarga selamat pergi dan kembali.
Hayatilah lirik lagu Kasihnya Ibu dari
Syarifah Aini.
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia.
Salam Sayang
Aziah
http://daffodil-aboutlife.blogspot.com
Assalalmualaikum
ReplyDelete.....sebak...
Kak Wati
SEMOGA PUAN DAN KELUARGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI.
ReplyDeletesaya belum jadi ibu lagi,boleh doa untuk saya di Mekah dan Madinah? Moga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya berpanjangan...
ReplyDeleteSalam Pn. Roza,
ReplyDeletePandai Pn. Roza menyusun ayat2 ni sampai berlinang air mata saya membacanya.
Sesungguhnya pengorbanan ibu bapa memang tidak ternilai harganya.
Seingat saya, bapa saya pernah pukul saya sekali sahaja selama ini. Mungkin sebab saya anak bongsu permepuan sorang pulak tu.
Kini, ayah mengidap penyakit osteoarthritis yang kronik. Hiba rasanya melihat dia jalan perlahan2 menahan kesakitan pada otot dan sarafnya.
Hati ini sentiasa hendak pulang ke kampung halaman menjenguk ayah,InsyaAllah akan ku pulang juga sebelum tamat cuti belajar pada penghujung bulan ni...menemui ayah tersayang.
Thanks Puan Roza for sharing this beautiful writting on your dad...you are a good daughter.