Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, January 13, 2011

Lempuk Durian Segamat

Barangkali menyebut nama buah itu ramai yang dapat membayangkan bagaimana rupa dan baunya. Raja buah itu boleh didapati di mana-mana apabila sampai musimnya. Malah lambakan buah itu boleh di dapati terjual di tepi-tepi jalan.

Kampung kecil saya tidak terkecuali. Buah durian Segamat. Kerabat Sultan Johor juga pasti menitahkan rakyat jelata menghantar durian Segamat ke Istana baginda. Ironinya.. durian Segamat adalah trademark daerah saya.

Kampung kecil kami letaknya di kaki gunung ledang. Air sungainya mengalir terus ke dalam kebun-kebun durian penduduk kampung. Ada pohon-pohon durian yang sengaja di tanam berbaris-baris di lereng bukit. Barangkali faktor tanahnya menjadi salah satu sebab memberikan ia nikmat rasa yang berbeza.

Buah-buah durian itu dinamakan mengikut rupa fizikal, warna dan rasanya. Ada yang dinamakan durian tembaga, durian kunyit, durian belimbing dan sebagainya. Ia berbeza dengan durian pada masa kini, yang mana ia dinamakan mengikut kod seperti IOI, D24 dan sebagainya.

Semasa harga durian melambung tinggi, hampir setiap penduduk kampung akan berkampung dan bermalam di kebun masing-masing. Mereka sanggup bangun di tengah malam semata-mata untuk menyuluh dan memunggut buah-buah durian. Kalaulah mereka bangun di satu pertiga malam itu dengan niat beribadat kepada Allah.. Bersolat malam kemudian berzikir, bertasbih sambil memunggut durian. Subhanallah! Beruntungnya mereka di dunia dan di akhirat.

Di pagi hari, mereka memasukan isi durian ke dalam adunan tepung untuk di buat jemput-jemput durian. Tengahari, mereka makan nasi berlaukkan masak lemak durian muda dengan daun kunyit.
Minum petang, mereka buat pulut durian yang dimasak dengan santan. Atau mereka mencampurkan sahaja isi durian ke dalam santan pekat mentah yang dicampurkan dengan sedikit gula merah. Sedikit garam penambah rasa. Ia dicecah dengan roti bantal. Ada yang menghirup kuahnya dengan sudu. Ada yang menggunakan tangan sahaja!

Wah! Walaupun hampir setiap rumah mempunyai pokok durian peninggalan nenek moyang, mereka masih juga menjamahkan apa-apa jua juadah hasil dari bahan durian kepada jiran tetangga.

Durian-durian yang baru gugur dijual kepada peraih yang datang dari kebun ke kebun. Mana-mana yang ditolak akan menjadi habuan keluarga. Durian itulah nanti bakal dijadikan kuih-muih, tempoyak atau lempuk.

Saya melihat emak-emak saudara, mengumpulkan isi durian lalu dimasukkan ke dalam kuali tembaga. Mereka memasukan gula pasir dan mengacaunya sehingga durian berubah warna. Kami menamakan ia sebagai lempuk durian. Rupanya seakan-akan dodol. Ia dibungkus rapi di dalam upeh pinang. Jika di jual, harganya lebih tinggi berbanding dengan buahnya.

Sejak kebelakangan ini, pokok-pokok durian ditanam secara kormesial berpuluh-puluh ekar luarnya. Lalu, buah-buah durian penduduk kampung kecil kami sudah tiada harga. Durian terbaik yang pernah suatu masa dahulu mencecah sehingga RM10- RM15 sekilo kini rata-rata hanya tinggal beberpa sen sahaja harganya.

Saya melihat durian emak-emak saudara semakin menurun harganya. Namun, mereka juga sudah tiada kudrat untuk mengacau isi duriannya.

Begitulah..lumrah putaran kehidupan yang dijadikan Allah S.W.T. Tiada yang kekal selamanya. Dahan yang patah, akan tumbuh pucuk yang baru. Yang hilang.. yang lain pula akan menggantikannya.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Roza,

    Memang suka sangat memasak ya? Bilalah agaknya akak nak semangat macam Roza. Malam tadi masak sup ayam ngan bubur pun dah rasa hebat sangat dah ;)Satu ketika dulu, lempuk durian memang my favourite.

    ReplyDelete
  2. Sedap nya lempuk durian....saya suka lempuk yg lembek2...Dah bertahun saya tidak dapat menikmatinya. Tidak tahu hendak cari dimana dan kalau ada yg dijual pun rasanya tidak fresh lagi..

    ReplyDelete
  3. salam alaykum...

    betul..yg hilang..yg lain pula akan mnggntikanya..kdg kala apa yg diganti tidak sama dgn apa yg hilang..mohon agar Allah sentiasa lapangkan hati untuk sentiasa menerima qada dan qadarnya dengan hati yg tbuka..thanks puan roza...semua tulisan puan amat menyentuh hati saya..teringin supaya one day nanti,i can meet both of u,prof kamil n puan roza...

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Masak sup ayam dengan bubur? Itu memang masakan istemewa bagi anak-anak saya..

    Terutamanya bila mereka demam.

    ReplyDelete
  5. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete