Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, May 27, 2009

Oh Kuala Lumpur


Pagi-pagi lagi rombongan sekolah kami telah pergi.

Puas menunggu di bawah pokok tanjung itu, akhirnya bas sekolah yang di nanti pun tiba. Bersama-sama saya adalah dua orang rakan yang tinggal agak jauh di pendalaman.

Seorang pelajar dari Kampung Tebing Tinggi. Seorang rakan lagi adalah seorang anak Benggali yang di pelihara oleh pasangan berketurunan cina, Pegawai Polis dari Kebun Baru. Mereka bermalam di rumah saya. Kami amat teruja!

Kuasa Allah juga yang memberikan jalan kepada saya. Tergerak hati mempelawa mereka ke rumah agar dapat mempengaruhi mak dan abah. Tidak dapat dibayangkan bagaimana gembiranya hati apabila mak dan abah membenarkan saya pergi.

Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan hati kami berbunga-bunga dan ceria. Walau sedikit sahaja terkeluar kata-kata yang mencolek hati, pasti kami ketawa gembira. Namun, keriangan menjadi sedikit muram apabila hampir sampai di Seremban. Kebanyakan muka rakan-rakan saya kelihatan kekuningan. Lalu, cikgu mencadangkan agar kami berdiam.

"Tutup mata kamu semua. Tidur. Jika tidak tahan, di hadapan ini ada pelastik muntah disediakan."

Tiba-tiba
"Eeiii..cantiknya Masjid Negara!" Seorang rakan serombongan bersuara.

"Bukan. Itu bangunan stesyen Keretapi Tanah Melayu." Kata cikgu.
Dia tersipu-sipu malu.

Tempat pertama lawatan adalah University Malaya. Kami di sambut dengan mesra dan diberikan layanan istemewa. Selepas taklimat dan ucapan, mereka menyediakan sarapan.

Batu Caves. Termasuk juga di dalam acara lawatan . Setelah berpenat-penat mendaki tangga yang tinggi, tersentak terkejut beruk kami.


"Ya Allah, rupanya tempat berhala hindu! Janganlah kami tersyirik dengan benda-benda seperti itu. Minta-mintalah jangan Allah timpakan bala ketika kami berada di sini"

Kami berdoa di dalam hati.

Tengahari kami berhenti makan nasi bekalan dan bersolat di Masjid Negara. Kemudian acara ke beberapa tempat lawatan diteruskan. Rupa-rupanya ada diantara kami yang ternanti-nanti "Burger" yang saya ceritakan.
"Cikgu, lambat lagikan kita nak ke tempat "Berrr..berrr tah apa ke benda tu?"

"Kalau berjumpa, nanti kita berhenti."

"Boleh berhenti-henti?" Ternyata tahap kehairanan tidak terbendung.

"Ok, saya nak tanya betul-betul ni...Ikhlas. Ada berapa duit poket kamu semua?"
Rata-rata mereka hanya membawa wang kecil berwarna biru sahaja. Tiada siapa yang hairan kerana itulah sahaja yang mampu di bawa sebagai bekalan.
"Tidak cukup rasanya...tapi, mati saya kalau nak belanja kamu semua!"

Terkedu. Nampak ada kesayuan di wajah cikgu tetapi sengaja dijawabnya dengan nada jenaka.

Tempat lawatan terakhir adalah di Muzium Negara. Dengan kuasa Allah, semasa bas kami berhenti di tempat parking kereta, tiba-tiba seorang cikgu bersuara:

"Gerai burger!"

"Mana!!? Mana? "
Hampir serentak pelajar bersuara.

Hari itu, gerai kecil Abang Burger menjadi begitu sibuk sekali. Beliau tersengih-sengih tidak kering gusi. Cikgu meminta kami berbaris panjang di dalam satu barisan. Di dalam hati kami berdebar-debar, takut kalau-kalau tersalah sebutan. Kami diam tidak berkata-kata kerana di dalam hati sedang menghafal sebut "Burger".

"Eh! Alamak terlupa. Macamana sebutannya tadi?"

"Darat betullah! Ber..ger. Jangan pulak awak sebut "Burr..Gurr. "
Ketawa.

Diam lagi. Sambil berbaris dan menghafal di dalam hati.


7 comments:

  1. Sedapnya.. tiba2 teringat burger pakcik kat kafe sebelah FSG ni....

    Kenangan rombongan paling terindah kan Kak Roza?.. Semoga rombongan akak ke Tanah Suci mendapat berkat dari Ilahi... dan dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan... Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. salam...

    emmm teringat burger segamat....teringat masa study kat uitm segamat dulu....kalau keluar segamat, wajib beli burger kat depan bilion tu tuk bawa balik...

    ReplyDelete
  3. kenangan dulu-dulu merupakan kenangan terindah,pertama kali ke KL,pertama kali makan burger.Budak-budak sekarang,celik mata dah kenal
    KFC,Pizza dll.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya paling terkenang wajah sayu cikgu melihat kedaifan pelajar di luar bandar. Belajar di dalam keadaan yang sukar.

    ReplyDelete
  5. puan raudza tp skarang nak pangil aunty roza

    nie cerita favorite saya..
    banyk kali dengar pown saya gelak jugak
    1st month i meet u, it sound like u are out of our line,but it seem goes together with us by week, and the relation goes to mom ang children... however,with frustrated to says that i should to left my dream to own my own brand, mak saya nampknye seperti tidak rest.walaupun saya tak usul. tp dari pemehatian saya. i'll not even dream to have that.susah sikit la puan enviroment saya is kind of stone age... tapi saya curik2 blaja wat cloth dari internet. so far saya dah buat alas meja. curtain, saya ada buat dress tp saya simpan sampai xtau dekat mane dah...hehhehe till then, bye....

    ReplyDelete
  6. salam,
    akhirnya dapat juga makan burger. Alhamdulillah... baiknya cikgu Roza tu.

    dah siap ke beg nak bawa ke tanah suci. Roza nginap kat hotel mana di mekah nanti?.
    selamat berangkat smoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  7. kak roza..selamat menunaikan umrah

    untung akak..
    Alhamdulillah saya dah balik

    semoga beroleh umrah yang maqbulah dan saei masykura...

    ReplyDelete